Sunday, April 8, 2012

KENAIKAN GAJI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN BI BAWAH SISTEM SARAAN MALAYISA

Adalah dimaklumkan bahawa Perkhidmatan Awam ini bertujuan untuk melaksanakan keputusan Kerajaan sebagaimana diumumkan pada 8 Mac 2012 mengenai kenaikan gaji sebanyak 13% berdasarkan gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM) dengan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) antara RM80.00 sehingga RM320.00 kepada pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana. Bagi Pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi, kenaikan gaji diberi sebanyak 7% sehingga 9% dengan KGT berdasarkan pelarasan peratusan yang ditetapkan.


Pekeliling ini membatalkan;



  •  Jadual Gaji bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan dibawah SSM sebelum 1 Januari 2012.
  • semua peruntukan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2011 (Pelaksanaan SBPA) kecuali perenggan 68 dan lampiran berkaitan.
  • semua peruntukan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 2011 (Pelaksanaan SBPA Kumpulan Premier dan Pengurusan Tertinggi) kecuali perenggan 46 dan lampiran yang berkaitan.
Maklumat lanjut berkaitan pekeliling ini boleh dirujuk di Portal Rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia

www.jpa.gov.my

Sekian, harap maklum.