Akhbar : News Straits Times
Tarikh : 30 Mei 2013
Thursday, May 30, 2013
Tuesday, May 28, 2013
Festival Belia Putrajaya 2013 (MAHA Youth)
Festival Belia Putrajaya 2013 telah diadakan selama tiga (3) hari bermula pada 23 Mei sehingga 26 Mei 2013 bertempat di Putrajaya. Pelbagai aktiviti menarik disediakan kepada pengunjung. Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) turut mengambil bahagian dalam menjayakan karnival ini.
Karnival Kahwin-Kahwin dan Majlis Pesta Makanan Tradisional Negeri Kedah
Karnival
Kahwin-Kahwin dan Majlis Pesta Makanan Tradisional telah diadakan selama dua
hari berturut-turut bermula pada 24 Mei 2013 bertempat di Perkampungan
Tradisional Gunung Keriang, Kedah.
Tujuan
karnival ini diadakan adalah untuk memperkenalkan perkahwinan moden dan
memperlihatkan kembali adat atau tradisi perkahwinan tradisional di samping
mempromosikan Perkampungan Tradisional Gunung Keriang seterusnya meningkatkan
ekonomi penduduk setempat serta aktiviti perlancongan di negeri ini.
Pelbagai
aktiviti disediakan kepada pengunjung antaranya ialah pertandingan memasak,
demonstrasi masakan dari Chef terkemuka, persembahan dari artis terkenal Jay
Jay, Black, kumpulan Jambu, persembahan tarian tradisional, wayang pacak, pertandingan
mewarna, fotografi dan banyak lagi.
Lembaga
Kemajuan Pertanian Muda (MADA) turut mengambil bahagian dengan menyediakan
pameran yang menampilkan peralatan tradisional yang digunakan dalam kegiatan
penanaman padi.
MADA
juga turut menghidangkan makanan tradisional kampung negeri Kedah iaitu ubi
kayu bersama isi kelapa dan minuman kopi ‘o’ secara percuma kepada pengunjung.
KARNIVAL SUKAN ANTARA WILAYAH MADA 2013
Ibu Pejabat MADA telah menjadi
juara keseluruhan bagi Karnival Sukan Antara Wilayah MADA 2013 yang diadakan
pada 18 April 2013 bertempat di Pavilion Ibu Pejabat MADA dengan kutipan
sebanyak 47 mata.
Walaubagaimanapun, Ibu Pejabat
MADA yang hanya menang tipis dengan persaingan terdekatnya iaitu Wilayah IV
dengan perbezaan kutipan sebanyak lapan (8) mata.
Karnival sukan pada tahun ini menyediakan
15 acara sukan iaitu badminton, batu seremban, bola jaring, bola sepak, bola
tampar, congkak, dart, futsal, karom, petanque,
ping pong, bowling, tarik tali, sepak raga bulatan dan larian merentas desa.
Seramai 720 peserta menyertai
karnival sukan pada tahun ini termasuklah acara merentas desa yang diwakili
oleh lapan (8) kumpulan iaitu Ibu Pejabat, Wilayah I, Wilayah II, Wilayah III,
Wilayah IV, Workshop, SPPM dan
RPM.
Timbalan Pengerusi Sukan MADA, Encik
Md Zahir bin Shariff berkata, tujuan karnival sukan ini diadakan adalah untuk mewujudkan
hubungan silaturahim sesama kakitangan MADA selain dapat menyihatkan tubuh
badan dengan aktiviti bersukan.
Beliau berkata, karnival yang
dijalankan dua tahun sekali ini mendapat sambutan meriah pada tahun ini dan ia
merupakan pertama kali dijalankan secara karnival di mana banyak acara sukan di
langsungkan dalam satu masa.
Tambah beliau, karnival pada tahun ini telah dijalankan
selama tiga bulan bagi acara saringan setiap kategori dan acara akhir bagi setiap
kategori dilangsungkan pada hari tersebut.
Selain itu, beliau menyatakan
bahawa karnival sukan tidak akan berhenti begitu saja pada tahun ini kerana
setiap peserta yang menyertai karnival ini akan di buat pemilihan semula bagi
menyertai sukan peringkat kementerian iaitu Sukan Badan Berkanun yang akan diadakan pada 24 Jun hingga 2 Julai
2013 di Perlis dan Sukan MOA pada 4 Julai hingga 8 Julai 2013 di Selangor.
Para pengunjung yang menghadiri
karnival ini disajikan dengan perlawanan akhir bola sepak antara Ibu Pejabat
dan Wilayah IV selain persembahan pancaragam dari Askar Wataniah Kepala Batas.
Pengurus Besar MADA, Y.Bhg Dato`
Haji Abdul Rahim bin Saleh turut hadir di karnival sukan ini dan juga menyampaikan
hadiah kepada pemenang.
Ketua Setiausaha Negara Turun Padang Dekati Rakyat di Utara Semenanjung
Ketua Setiausaha Negara, Dato` Sri Dr Ali bin Hamsa telah berkampung
di utara semenanjung negeri Kedah Darul Aman selama dua hari bagi mengikuti
Program Ramah Mesra Bersama Rakyat di bawah Kementerian Pertanian dan Industri
Asas Tani bermula pada 3 Mei 2013.
Tujuan program ramah mesra yang dilaksanakan oleh kementerian adalah
untuk memberi bantuan berbentuk input-input pertanian dalam usaha menggalakkan
masyarakat menceburi industri agromakanan yang akan menyumbang kepada
peningkatan pengeluaran bahan makanan selain mampu meningkatkan pendapatan
rakyat.
Pada 3 Mei 2013, Dato` Sri Dr Ali bin Hamsa telah menghadiri program
ramah mesra bersama rakyat di Dataran Pauh, Arau, Perlis dan sekaligus
merasmikan program ramah mesra tersebut.
Dalam program tersebut, beliau juga menyatakan pertanian merupakan
agen ketiga terpenting dalam pertumbuhan ekonomi negara.
Hal ini terbukti dengan peningkatan peruntukan sebanyak 20 % telah
diberikan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani pada tahun 2013
iaitu RM 5.86 billion berbanding tahun 2012 hanya RM 4.85 billion sahaja.
Seterusnya, Dato` Sri KSN beramah mesra bersama anggota jabatan /
agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Kedah dan
Perlis di Dewan Gemilang, Darulaman Golf, Jitra, Kedah pada malam hari yang
sama.
Dalam
majlis makan malam tersebut, beliau telah
melancarkan konsep pentadbiran bagi merakyatkan perkhidmatan awam untuk
mengeratkan hubungan di antara penjawat awam dan gologan sasar. Di antara
aktiviti yang boleh diamalkan ialah
dengan mempraktikkan aktiviti turun padang bagi mendengar secara langsung
permasalahan rakyat dan mencari penyelesaian terbaik yang memberi manfaat
kepada golongan tersebut.
Pada 4 Mei 2013 , Dato` Sri Dr Ali bin Hamsa meneruskan aktiviti turun
padang di Program Ramah Mesra bersama Rakyat peringkat Dun Kubang Rotan di mana
beliau melawati Pasar Nelayan untuk beramah mesra bersama penduduk setempat,
nelayan, penjual dan pembeli di situ dan beliau kemudiannya menikmati “Gulai
Ikan Termenung” panas di kawasan tersebut sebelum mengumumkan peruntukan
sebanyak RM 100 ribu bagi penambahbaikan pasar di situ.
Beliau juga menyatakan bahawa peruntukan sebanyak RM 5.086 juta telah diagihkan
oleh Kementerian bagi majlis ramah
mesra tersebut dan ia merupakan peruntukan yang paling tinggi setakat ini bagi
program tersebut.
Seterusnya beliau ke Dataran Sena, Pokok Sena, bagi menyempurnakan
Majlis Program Ramah Mesra bersama rakyat peringkat Parlimen Pokok Sena yang
mensasarkan pengunjung seramai 3000 orang.
Setiap penerima insentif yang disampaikan oleh Dato` Sri Dr Ali bin
Hamsa akan menerima bantuan berupa Projek
NKEA EPP 10 : Penskalaan dan Pengukuhan Ke Atas Produktiviti Tanaman Padi Di
Kawasan Muda, bantuan input pertanian dan peralatan bagi Program Touch Point
MADA 2013, bantuan Program Azam Tani tahun 2013, serta bantuan dan insentif
jabatan-jabatan dan agensi di bawah Kementerian, manakala pengunjung yang
hadir menerima sepuluh (10) ekor anak ayam kampung, satu set alatan memancing,
anak pokok kelapa dan jambu madu serta buah nenas secara percuma.
Program Ramah Mesra ini telah menunjukkan impak yang positif dari
masyarakat berikutan program ini telah dijalankan dibeberapa negeri dan akan
diteruskan sehingga tahun 2020.
Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Turun Padang Dekati Rakyat Negeri Kedah dan Perlis
Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Dato`
Seri Mohd Hashim bin Abdullah telah turun padang di negeri Kedah bagi menjayakan
Program Ramah Mesra Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang berlangsung
selama empat (4) hari bermula pada 30 April 2013.
Antara destinasi yang dilawati oleh Dato` Seri Mohd Hashim bin
Abdullah ialah Tapak Pasar Tani FAMA, Guar Chempedak peringkat Parlimen Jerai,
Watt Titi Akar di Sungai Tiang,Perkarangan RTC Kedah, Pekan Napoh peringkat Parlimen
Kubang Pasu, dan Sekolah Kebangsaan Panglima Awang, Nako Nambua peringkat Parlimen
Padang Terap.
Destinasi seterusnya ialah beliau mengiringi Ketua Setiausaha Negara,
Dato` Sri Dr Ali bin Hamsa bagi Program Ramah Mesra Bersama Rakyat Kementerian
Pertanian dan Industri Asas Tani di Dataran Pauh peringkat Parlimen Arau,
Darulaman Golf Resort, Penempatan Nelayan Kuala Kedah peringkat Parlimen Kuala
Kedah dan Dataran Sena peringkat Parlimen Pokok Sena.
Antara intipati yang dimaklumkan oleh Dato` Seri
Mohd Hashim bin Abdullah kepada rakyat dan pengunjung yang menghadiri program
tersebut ialah kerajaan tidak berkompromi kepada lima (5) perkara utama iaitu
pendidikan, keselamatan, makanan, kesihatan dan keharmonian.
Selain itu, beliau juga memaklumkan kepada pengunjung
bahawa negeri Kedah pernah menghadapi cabaran besar pada tahun 2010 di mana
pada ketika itu bencana banjir besar yang telah memusnahkan hampir 90% kawasan
pertanian. Kejadian ini telah menyebabkan pengeluaran hasilan pertanian di
negeri Kedah dan negara amnya terjejas.
Tambah
beliau, pihak kementerian telah berusaha membangunkan semula kawasan-kawasan
yang terjejas akibat kejadian banjir melalui peruntukan khas berjumlah RM 60
juta dalam usaha memastikan pengeluaran hasilan pertanian di Kedah dapat
dipulihkan. Keputusan yang dibuat
oleh pihak kerajaan adalah tepat kerana peruntukan tersebut berjaya memulihkan
kawasan pertanian yang terjejas akibat banjir dan hasil pengeluaran pertanian
di negeri Kedah dapat ditingkatkan semula.
Di
samping itu, dengan pelbagai usaha yang dijalankan oleh pihak kerajaan di dalam
bidang pertanian seperti pelaksanaan Projek NKEA EPP 10: Penskalaan dan
Pengukuhan ke Atas Produktiviti Tanaman Padi di Kawasan Muda, beliau menjangkakan pesawah akan memperolehi
pendapatan sebanyak RM 2400 sebulan menjelang tahun 2020.
Beliau juga menyarankan para petani di negeri Kedah supaya mengembeling tenaga sepenuhnya bagi memastikan pengeluaran padi sentiasa konsisten untuk mengelakkan berlakunya masalah ketidakcukupan makanan yang dijangka pada tahun 2050.
Dalam program-program ramah mesra tersebut, beliau menyampaikan bantuan kepada peserta berupa Projek NKEA EPP 10 : Penskalaan dan Pengukuhan Ke Atas Produktiviti Tanaman Padi Di Kawasan Muda, bantuan input pertanian dan peralatan bagi Program Touch Point MADA 2013, bantuan Program Azam Tani tahun 2013, serta bantuan dan insentif jabatan-jabatan dan agensi di bawah Kementerian.
Setiap pengunjung yang hadir ke Program Ramah Mesra Kementerian Pertanian dan Industri Tani ini menerima sepuluh (10) ekor anak ayam kampung, satu set alatan memancing, anak pokok kelapa dan jambu madu serta buah nenas secara percuma.
Subscribe to:
Posts (Atom)