Sunday, April 28, 2013

Keputusan Kategori-Kategori Sukan Bagi Sukan Antara Wilayah MADA


1
     Sukan Badminton

Johan                   -              Ibu Pejabat MADA
Naib Johan         -              Wilayah II (Jitra)

2   Bowling Tenpin

Kategori Lelaki
Johan                   -              Wilayah III
Naib Johan         -              SPPM

Kategori Wanita
Johan                   -              Ibu Pejabat MADA
Naib Johan         -              Wilayah II

3  Futsal

Kategori Lelaki Terbuka
Johan                   -              Ibu Pejabat MADA
Naib Johan         -              Workshop

Kategori Lelaki Veteran
Johan                   -              Workshop
Naib Johan         -              Wilayah II

Kategori Wanita
Johan                   -              Wilayah III
Naib Johan         -              Wilayah IV


Monday, April 22, 2013

Aktiviti Harian MADA Minggu - 4 April 2013

Beberapa aktiviti harian akan diadakan sepanjang minggu ini. Antaranya ialah :


Ø  Kursus Pra Persaraan dan Faedah Skim Pencen akan diadakan pada 24 April 2013 (Rabu) bertempat di Dewan Syed Nahar, Ibu Pejabat MADA bermula pada pukul 8 pagi sehingga 1 tengah hari.

Ø  Mesyuarat Persediaan Program KSU ke Kubang Pasu dan Padang Terap akan diadakan pada 25 April 2013 (Khamis) bertempat di Bilik Langkasuka, Ibu Pejabat MADA pada pukul 2.30 petang.

Ø  Mesyuarat Jawatan Kuasa Business Development Centre, MoA akan diadakan pada 29 April 2013 di bilik Langsuka, Ibu Pejabat MADA pada pukul 9 pagi.

Ø  Mesyuarat Perkhidmatan Tol Free Telekom di MADA akan diadakan pada 29 April 2013 (Isnin) bertempat di Bilik Langkasuka, Ibu Pejabat MADA pada pukul 11pagi.


Sunday, April 21, 2013

Aktiviti Harian MADA Minggu Ke - 4 April 2013

Terdapat beberapa program menarik atau aktiviti harian MADA sepanjang minggu keempat (4) bulan April 2013. Antaranya ialah :


  • Program Taklimat Kesederan Kesihatan akan diadakan pada 22 April 2013 (Isnin) pada 22 April 2013 bertempat di Dewan Syed Nahar, Ibu Pejabat MADA bermula pada jam 8.30 pagi sehingga 1.00 tengah hari.

  • Sukan Antara Wilayah MADA bagi Kategori Badminton akan diadakan pada 26 dan 27 April 2013 (Jumaat dan Sabtu) bertempat di Dewan Jitra bermula jam 9 pagi. 



  • Pesta Makanan Tradisional akan diadakan pada 26 sehingga 28 April 2013 bertempat di Perkampungan Tradisional Berhadapan Muzium Padi, Gunung Keriang, Kedah bermula pada jam 9.00 sehingga 10.00 malam. Pesta Makanan Tradisional ini turut diselitkan dengan Karnival Kahwin-Kahwin. 


Datanglah beramai-ramai bagi memeriahkan Majlis/Program/Aktiviti yang diadakan sepanjang minggu ini. Bagi warga MADA yang masih tidak berkahwin dan bakal melangsungkan perkahwinan, singgah-singgahlah ke Karnival Kahwin-Kahwin di Gunung Jerai untuk mendapat maklumat lanjut.



Saturday, April 20, 2013

Majlis Perjumpaan Pengersi MADA bersama Pegawai-Pegawai MADA dan Kakitangan PPK MADA


Tarikh : 18 April 2013
Tempat : Dewan Syed Nahar, Ibu Pejabat MADA

Satu perjumpaan bersama Pengerusi MADA Y.B Dato` Seri Mahawangsa Dato` Seri Diraja Mahdzir bin Khalid dengan Pegawai-Pegawai MADA dan Kakitangan PPK MADA telah diadakan pada pagi ini di Dewan Syed Nahar, Ibu Pejabat MADA.

Pengerusi MADA memberi kata-kata semangat kepada warga MADA 
Dalam majlis tertutup atau juga dikenali sebagai perhimpunan keluarga MADA ini, Pengerusi MADA dengan bangganya menyatakan bahawa organisasi MADA kini dihormati dan dikenali di negara luar.

Selain itu, beliau menyarankan kepada semua warga MADA sentiasa bekerja dalam suasana yang harmoni atau dalam erti yang lain bekerjasama dan membuang perasaan iri hati dan hasad dengki dalam diri.

Sebahagian warga MADA sedang khusyuk mendengar ucapan dari Pengerusi MADA
Beliau juga berharap agar warga MADA sentiasa bertoleransi antara satu sama lain terutamanya dalam memberi dan menerima cadangan, nasihat mahupun kritikan tidak kira dari apa-apa pangkat supaya organisasi MADA sentiasa berada di tahap yang cemerlang.

Di akhir perjumpaan ini, Dato` Pengerusi MADA menyeru semua warga MADA meningkatkan semangat dan yakin diri untuk melakukan anjakan dalam melakukan tugas harian yang telah diamanatkan.











Monday, April 15, 2013

Aktiviti Harian MADA Minggu Ketiga April 2013



      Aktiviti harian MADA minggu ketiga April 2013 adalah seperti berikut:


  1.       Perjumpaan Pengerusi MADA Y.B Dato` Seri Mahawangsa Dato` Seri Diraja Mahdzir bin Khalid Dengan Pegawai-Pegawai MADA dan Kakitangan PPK akan diadakan pada 18 April 2013 (Khamis) bertempat di Dewan Syed Nahar,Ibu Pejabat MADA bermula jam 9 pagi. Tetamu kehormat iaitu Pengerusi MADA, YB Dato` Seri Mahawangsa Dato` Seri Diraja Mahdzir Bin Khalid dan Pengurus Besar MADA, Y. Bhg Dato` Haji Abdul Rahim bin Saleh turut menyertai taklimat ini.
  2.       Manakala Kejohanan Futsal MADA 2012/2013 pula akan diadakan pada 20 April 2013 (Sabtu) bertempat di GMIE Futsal, Pendang bermula jam 9 pagi hingga 4 petang. Kejohanan futsal ini terbahagi kepada tiga (3) kategori iaitu Futsal Lelaki Terbuka, Futsal Wanita Tertutup dan Futsal Lelaki Veteran. Dijemput beramai-ramai ke kejohanan ini. Bersukan memberi kesihatan. 

Monday, April 1, 2013

Dasar Kerajaan Dalam Industri Padi di Kawasan Muda



• Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan (SBPKP)
   
 • SBPKP telah diperkenalkan pada musim 2/1979 adalah untuk memberi galakan dan menarik minat kaum petani supaya kekal di sektor penanaman padi. Selain dari itu, SBPKP adalah bertujuan untuk :-
   
  o Mengurangkan kos pengeluaran padi yang ditanggung oleh pesawah-pesawah akibat daripada kenaikan kos input dan buruh serta alat/mesin.
  o Memodenkan aktiviti tanaman padi dengan penggunaan baja berkualiti yang ekonomi, sistematik dan berkesan.
  o Meningkatkan pengeluaran padi dan dapat menambahkan pendapatan penanam padi.
  o Sebagai insentif kepada petani mengusahakan tanaman sawah bagi meningkat pengeluaran padi negara di samping mengurangkan pengimportan beras.
   
 • Pemberian Baja Subsidi iaitu baja campuran, ammophos dan urea yang mana perumusan (Formulation) yang digunakan bagi setiap jenis baja di tentukan oleh Kementerian Pertanian iaitu mengikut kesesuaian tanah.
   
 • Pemberian baja ammophos telah diberhentikan pada musim 2/1989 dan pemberian baja campuran telah diganti dengan baja sebatian bermula musim 1/2005.
   
 • Bantuan ini masih diteruskan sehingga kini dan kadar bantuan yang diberi adalah 4 beg bagi baja urea dan 12 beg baja sebatian.
   
   
• Skim Insentif Pengeluaran Padi (SIPP)
   
 • Kenaikan harga minyak dunia telah mengakibatkan kos operasi dan harga bahan input pertanian turut meningkat, sejajar dengan itu kerajaan telah memperkenalkan SIPP sebagai insentif untuk mengurangkan beban kos yang ditanggung oleh peladang. Diperkenalkan pada musim 1/2007, SIPP diberi dalam tiga (3) bentuk insentif iaitu:
   
  o Insentif Pembajakan Kepada Pesawah
  
- Diberi untuk mengurangkan bebanan kos pengeluaran yang ditanggung oleh pesawah terutama akibat kenaikan kos diesel seterusnya meningkatkan kos membajak. Jumlah insentif yang diberi adalah RM100/ha/musim
   
  o Insentif Input Pertanian
  
- Diberi untuk mengurangkan bebanan kos pengeluaran yang ditanggung oleh pesawah akibat kenaikan kos input pertanian. Jumlah insentif yang diberi adalah sebanyak RM140/ha/musim dalam bentuk input pertanian.
   
  o Insentif Input Pertanian
  
- Diberi untuk mengurangkan bebanan kos pengeluaran yang ditanggung oleh pesawah akibat kenaikan kos input pertanian. Jumlah insentif yang diberi adalah sebanyak RM140/ha/musim dalam bentuk input pertanian.
   
  o Insentif Peningkatan Hasil Padi
  
- Diberi oleh pihak BERNAS atas usaha peladang meningkatkan hasil sekurang-kurangnya 1% hasil purata bagi tiga (3) musim berturut-turut. Pemberian insentif ini bertujuan untuk meningkatkan lagi daya saing dan produktiviti peladang.
   
   
• Dasar Jaminan Bekalan Makanan Negara (DJBMN)
   
 • Peningkatan beras di peringkat antarabangsa dan kekurangan bekalan telah menimbulkan cabaran dalam menjamin bekalan makanan Negara yang mencukupi. MoA telah diberi tanggungjawab untuk menangani krisis ini dan menentukan bekalan makanan negara mencukupi.
   
 • Sehubungan dengan itu, Kerajaan pada 2 Mei 2008 telah meluluskan Program Dasar Jaminan Makanan Negara (2008-2010) yang mengandungi langkah jangka masa pendek dan jangka masa panjang bagi meningkatkan produktiviti sektor agro-makanan termasuk peningkatan pengeluaran beras. Susulan daripada masalah ini, tindakan ‘Quick Win’ bagi meningkatkan produktiviti padi dan pengeluaran beras di bawah Program Dasar Jaminan Makanan Negara telah diperkenalkan.
   
 • Sejajar dengan itu, pihak MADA telah merangka tujuh (7) program di bawah pelan tindakan tersebut dan telah dilaksanakan pada tahun 2008 hingga tahun 2010.
   
  1. Penyelenggaraan Infrastruktur Pengairan Dan Saliran
   
  2. Pembangunan Infrastruktur Pengaliran dan Saliran Bagi Estet Padi
   
  3. Perataan Tanah Sawah
   
  4. Program Pemulihan Tanah Masam (Kapur)
   
  5. Peningkatan Kesuburan Tanah (NPK)
   
  6. Kawalan Makhluk Perosak Dan Penyakit
   
  7. Mekanisasi Ladang
   
 • Pada tahun 2011, program ini diteruskan dengan nama Program Jaminan Bekalan Makanan (PJBM) dan antara komponen yang terlibat adalah:
   
  1. Peningkatan Kesuburan Tanah (NPK)
   
  2. Kawalan Makhluk Perosak dan Penyakit
   

EPP # 10: PENGUKUHAN DAN PENINGKATAN PRODUKTIVITI TANAMAN PADI DI KAWASAN MUDA



1. Isu Tanaman Padi di Kawasan Muda Selepas Lebih 40 Tahun Penubuhan
   
  • Selepas lebih 40 tahun ditubuhkan dan berjaya meningkatkan pengeluaran purata hasil padi dan pendapatan peladang tetapi isu utama yang masih dipersoalkan ialah pencapaian purata hasil tersebut masih rendah berbanding dengan kawasan Sekincan di Kawasan Barat Laut Selangor.
   
  • MADA telah mengenalpasti sebab-sebab kepada permasalahan tersebut iaitu berkaitan kepadatan infrastruktur yang rendah, produktiviti ladang yang rendah akibat dari saiz ladang yang tidak ekonomik dan peladang berusia tua yang kurang lagi produktif mengerjakan sawah.
   
  • Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir bin Mohamad semasa beliau menjadi Perdana Menteri, pernah membangkitkan isu ketidakpuasan hati tentang produktiviti ladang atau purata hasil padi yang rendah di Kawasan Muda berbanding dengan pencapaian purata hasil padi yang tinggi di kawasan Sekincan. Beliau telah membuat saranan supaya menjemput peladang-peladang Sekincan datang ke Kawasan Muda untuk memberi tunjuk ajar mengerjakan sawah seperti yang diusahakan mereka bagi mendapat hasil tinggi.
   
  • Konvensyen Peladang yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur pada bagi sektor padi yang dipengerusikan oleh Profesor Fatimah Arshad dari Universiti Putra Malaysia juga telah membincangkan isu yang sama iaitu kekangan kepada peningkatan hasil padi di Kawasan Muda ialah kepadatan infrastruktur pengairan dan saliran yang rendah, pengurusan ladang yang kurang cekap disebabkan peladang berusia dan saiz ladang yang kecil dan tidak ekonomik.
   
  • Di dalam Persidangan Padi yang diadakan di Lumut Perak pada 28 -30 Jun 2010 perkara yang sama dibangkitkan iaitu kepadatan taliair dan saliran yang rendah, saiz ladang tidak ekonomik dan pengurusan sawah tidak sempurna menyebabkan purata hasil padi tinggi tidak dapat dihasilkan.
   
   
2. Status dan Tindakan MADA Menangani Isu
   
 • Infrastruktur
  • Kepadatan tali air pada peringkat awal penubuhan MADA (1966 – 1970) adalah pada kadar 10 m/ha. Kepadatan ini adalah rendah kerana terdapat kawasan-kawasan tertentu terutamanya kawasan tinggi di dalam blok-blok pengairan yang tidak mendapat bekalan air dengan sempurna.
   
  • Bagi mengatasi masalah ini, MADA telah mengambil tindakan untuk mewujudkan program infrastruktur tersier di bawah projek Muda II bermula pada tahun 1979 untuk meningkatkan kepadatan tali air ke 30 m/ha. Sehingga kini hanya sejumlah 44 blok pengairan dari 172 blok pengairan telah dilengkapi dengan infrastruktur tersier. Ini menjadikan jumlah kepadatan tali air di Kawasan Muda meningkat kepada 18 m/ha. Baki 128 blok pengairan lagi masih belum mendapat kemudahan tersier.
   
 • Saiz Ladang
  • Kajian yang telah dijalankan oleh MADA menunjukkan terdapat seramai 48,500 orang peladang mengusahakan tanaman padi dalam Kawasan Muda. Didapati kategori peladang yang mengusahakan tanah milik sendiri dan pemilik dan dalam masa yang sama adalah penyewa berada dalam kategori yang terbesar. Jumlah kedua-dua kategori ini ialah 72.3%. Hasil daripada kajian di antara MADA dan UUM pada tahun 2004 mendapati bahawa purata saiz ladang yang diusahakan oleh setiap peladang dalam Kawasan Muda ialah lebih kurang 2.12 hektar. Purata saiz ladang tersebut didapati tidak ekonomik.
   
 • Umur
  • Dalam kajian yang sama juga menunjukkan peningkatan purata umur peladang di Kawasan Muda iaitu 60.2 tahun. Kajian tersebut merumuskan pemilikan tanah di Kawasan Muda berkait rapat dengan umur petani.
   
   
3. Cadangan Daripada Makmal NKEA
   
 • Berdasarkan faktor-faktor tersebut, makmal NKEA pertanian yang telah diadakan pada 31 Mei hingga 31 Julai 2010 di Akademi MAS Kelana Jaya telah mengenal pasti jalan penyelesaian masalah di bawah Program Pengukuhan dan Peningkatan Produktiviti Tanaman Padi Di Kawasan Muda iaitu melalui:-
   
  • Peningkatan kepadatan tali air di Kawasan Muda daripada purata 18 m/ha kepada 30 m/ha dengan peruntukan sebanyak RM 2.2 bilion sehingga tahun 2020 bagi blok-blok pengairan yang belum mendapat kemudahan tersier.
   
  • Meningkatkan kecekapan pengurusan di peringkat ladang dan melibatkan keseluruhan rantaian nilai melalui pengurusan secara berpusat oleh satu entiti yang menguruskan secara profesional dengan peruntukan insentif kepada peladang sebanyak RM480 juta sehingga tahun 2020.
   
  • Tiga (3) model pengurusan tanah yang lebih sistematik dan standard telah dicadangkan iaitu:
  1. Sewa Tetap
  2. Perkongsian Keuntungan
  3. Bayaran Pengurusan
   
  • Sebagai permulaan model bayaran pengurusan akan diperkenalkan kepada peladang-peladang. Ini kerana berdasarkan maklumbalas awal selepas taklimat pertama diadakan kepada pemimpin-pemimpin peladang, model tersebut lebih mudah diterima oleh peladang-peladang.
   
  • Di bawah model bayaran upah pengurusan, pengusaha akan menyerahkan hak pengurusan kepada satu entiti milik bersama peladang iaitu Special Purpose Vehicle (SPV) melalui satu perjanjian. Seterusnya pihak SPV akan melantik PPK untuk menguruskan operasi persawahan dengan mengenakan upah pengurusan kepada pengusaha sebanyak RM70/tan bagi setiap metrik tan hasil yang diperolehi di tanah mereka.
   
   
4. Manfaat Program NKEA
   
 • Melalui penglibatan peladang di bawah program NKEA ini, para peladang akan mendapat manfaat:
   
  o Meningkatkan hasil dan seterusnya menambah pendapatan di mana hasil bersih diperoleh sepenuhnya oleh peladang dengan kos yang optimum.
   
  o Bayaran insentif sebanyak RM2,000/ha bagi setiap musim dalam tempoh yang dipersetujui.
   
  o Bayaran dividen tahunan ahli daripada PPK.
   
  o Bayaran dividen tahunan ahli daripada SPV
   
  o Bayaran upah akan dibayar kepada peladang-peladang yang mendaftar untuk bekerja di bawah PPK yang mengusaha ladang.
   
  o Daripada Program NKEA ini peladang akan terlibat dalam keseluruhan rantaian nilai padi daripada pembekalan benih padi hingga pemprosesan beras dan pemborongan atau kata lain peladang akan jadi “Tuan Padi dan Tuan Beras”.
   
 • Manfaat kepada PPK:
   
  o Keuntungan daripada operasi persawahan yang dijalankan secara tender.
   
  o Komisen jualan padi.