Kementerian Pertanian dan
Industri Asas Tani telah mengadakan Taklimat dan Sesi Dialog Bersama Belia
telah diadakan di Kompleks Anak Yatim dan Miskin Baitul Ihsan, Kampung Perik,
Kuala Nerang pada 4 Julai 2013.
Sesi dialog ini diadakan
bertujuan untuk mendapat input dan padangan daripada belia Kampung Perik
mengenai pelaksanaan My Kampung My Future dan ia juga merupakan platform
bersama rakyat oleh kementerian, jabatan dan agensi kerajaan.
Antara isu dan pandangan yang
dibangkitkan oleh belia untuk perhatian pihak kementerian, jabatan dan agensi
kerajaan adalah memohon menyediakan jentera yang dikenali sebagai traktor untuk
perusahaan ladang sayur.
Selain itu, para belia yang tidak
mempunyai pekerjaan memohon menyediakan tapak dan modal kepada mereka untuk
ternakan ikan talapia di kawasan tersebut.
Di samping itu, belia juga
memohon pembinaan Dewan Komuniti dipertimbangkan kerana mereka sangat
memerlukan dewan sebegini bagi majlis keraian, mesyuarat mahupun perjumpaan
diadakan serta kemudahan asas yang lain untuk digunakan seperti padang futsal
untuk para belia masih lagi tidak lengkap.
Taklimat dan Sesi Dialog Bersama
Belia kali ini telah memilih Kampung Perik, Kampung Lembah Permai, Kampung Paya
Terap dan Kampung Seberang bagi negeri Kedah untuk diusahakan bagi menjayakan
pelaksanaan My Kampung My Future.