Saturday, April 20, 2013

Majlis Perjumpaan Pengersi MADA bersama Pegawai-Pegawai MADA dan Kakitangan PPK MADA


Tarikh : 18 April 2013
Tempat : Dewan Syed Nahar, Ibu Pejabat MADA

Satu perjumpaan bersama Pengerusi MADA Y.B Dato` Seri Mahawangsa Dato` Seri Diraja Mahdzir bin Khalid dengan Pegawai-Pegawai MADA dan Kakitangan PPK MADA telah diadakan pada pagi ini di Dewan Syed Nahar, Ibu Pejabat MADA.

Pengerusi MADA memberi kata-kata semangat kepada warga MADA 
Dalam majlis tertutup atau juga dikenali sebagai perhimpunan keluarga MADA ini, Pengerusi MADA dengan bangganya menyatakan bahawa organisasi MADA kini dihormati dan dikenali di negara luar.

Selain itu, beliau menyarankan kepada semua warga MADA sentiasa bekerja dalam suasana yang harmoni atau dalam erti yang lain bekerjasama dan membuang perasaan iri hati dan hasad dengki dalam diri.

Sebahagian warga MADA sedang khusyuk mendengar ucapan dari Pengerusi MADA
Beliau juga berharap agar warga MADA sentiasa bertoleransi antara satu sama lain terutamanya dalam memberi dan menerima cadangan, nasihat mahupun kritikan tidak kira dari apa-apa pangkat supaya organisasi MADA sentiasa berada di tahap yang cemerlang.

Di akhir perjumpaan ini, Dato` Pengerusi MADA menyeru semua warga MADA meningkatkan semangat dan yakin diri untuk melakukan anjakan dalam melakukan tugas harian yang telah diamanatkan.











No comments:

Post a Comment