Wednesday, June 26, 2013

Aktiviti MADA : Kempen Pengurusan & Perosak Tanaman Padi

24 Jun yang lalu, Kempen Pengurusan Perosak & Penyakit Tanaman Padi telah berlansung dengan jayanya di PPK E-IV, Bukit Besar, Kedah. Kempen ini dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Industri Asas Tani, Datuk Suraya Yaacob. Kempen ini bertujuan memberi kesedaran kepada petani dan peladang khususnya dalam penanaman padi akan kegunaan racun yang berdaftar untuk penanaman padi dan seterusnya untuk mengelak ia memudaratkan kesihatan petani dan orang lain. Kempen tersebut juga mengadakan cabutan bertuah dan pameran pertanian berkenaan perosak utama tanaman padi kepada pengunjung yang hadir.




















No comments:

Post a Comment