Wednesday, November 20, 2013
Agro – Tekonologi Pemangkin Transformasi Agropreneur
Agro – Tekonologi Pemangkin Transformasi Agropreneur merupakan tajuk pembentangan yang dibentangkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Inudstri Asas Tani, Datuk Mohd Hashim bin Abdullah dalam Konvensyen Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2013 pada 8 November 2013 di Hotel Sri Manja, Kuantan, Pahang.
Dalam pembentangan tersebut, Datuk Mohd Hashim bin Abdullah memaklumkan kepada peserta konvensyen mengenai sumbangan agroteknologi sebagai pemangkin transformasi agropreneur.
Selain itu, beliau juga memaklumkan cabaran-cabran yang dihadapai olek sektor pertanian antaranya ialah pertambahan penduduk, perubahan iklim global dan juga kemasukkan tenaga buruh asing.
Oleh yang demikian, beliau menyeru ahli konvesyen meningkatkan daya saing menuju ke pertanian baru yang mempunyai beberapa faktor yang memboleh ubah serta meningkatkan hasil pertanian dan pendapatan peladang, peternak dan juga nelayan.
Fator-faktor tersebut adalah tanah, infrastruktur, kewangan, insentif, teknologi, sumber manusia dan sistem penyampaian.
Di samping itu, beliau juga menyatakan ciri-ciri bagi seorang agropreneur yang berjaya seperti mempunyai kemahiran teknikal dan bukan teknikal dalam perniagaan, komitmen yang tinggi terhadap pelanggan, mempunyai sikap tidak berputus asa, dedikasi dan melakukan perniagaan dengan bersungguh-sungguh, dan sentiasa bermotivasidan tidak jemu untuk meningkatkan kemahiran serta sentiasa melakukan perubahan dalam perniagaan.
Di akhir pembentangan tersebut, sesi dialog bersama ahli konvensyen diadakan bertujuan mendengar sendiri dan membantu menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh golongan tersebut.
Kovensyen Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2013 diadakan selama tiga hari bermula pada 7 November dan berakhir pada 9 November 2013.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment