Monday, September 23, 2013
Bengkel ‘Change Acceleration Process (CAP)’ MADA
Bengkel ‘Change Acceleration Process (CAP)’ MADA telah diadakan pada 5 dan 6 September 2013 di Hotel Copthorne Orchid, Pulau Pinang. Bengkel ini dikendalikan oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) Jabatan Perdana Menteri dengan menggunakan modul dan kepakaran dari General Electric (GE).
Bengkel CAP ini dilaksanakan hasil dari Program ‘Public Service Delivery Transformation’ yang mana Aspirasi Transformasi PSD ini adalah bertujuan untuk mencapai satu tahap penyampaian perkhidmatan terbaik, berkesan, cekap dan telus, malah berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang sentiasa memenuhi aspirasi rakyat.
Majlis Perasmian Penutupan disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato` Dr Baharom bin Jani.
Turut hadir sama dalam majlis tersebut ialah Pengurus Besar MADA, Dato` Haji Abdul Rahim bin Saleh, Timbalan Pengurus Besar (Teknikal) MADA, Ir. Hor Tek Lip dan Pengarah Khidmat Pengurusan MADA, Tuan Haji Md. Zuki bin Ismail.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment