Saturday, September 7, 2013

Program Jelajah Badan Bukan Kerajaan Seni Budaya Berkampung di Jeruju

Program Jelajah Badan Bukan Kerajaan Seni Budaya anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara telah diadakan selama empat hari bermula pada 23 Ogos dan berakhir pada 27 Ogos 2013 di Homestay MADA Kampung Jeruju, Jerlun. Seramai 100 orang peserta dengan 70 buah motosikal berkuasa tinggi dari negeri-negeri Pahang, Kelantan, Terengganu dan Kedah sendiri telah berkonvoi ke Homestay MADA Kampung Jeruju yang dipilih sebagai pusat aktiviti dan penginapan di sepanjang program ini berlangsung. Pelbagai aktiviti dijalankan dalam program tersebut seperti mengedarkan bendera jalur gemilang kepada penduduk setempat, aktiviti kemasyarakatan dan persembahan kebudayaan dari tiga buah negeri Pantai Timur dan Kedah kepada pengunjung dan penduduk tempatan di Parlimen Jerlun. Majlis penutupan program ini disempurnakan oleh Exco Belia dan Sukan, Kesenian, Kebudayaan & Warisan, dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Kedah, Y.B. Aminuddin bin Omar pada sebelah malam 25 Ogos 2013. Di awal pagi 26 Ogos para peserta dengan hati yang berat telah meninggalkan Homestay MADA Kampong Jeruju setelah tiga malam berkampong di rumah-rumah penduduk kampung dan berpeluang menikmati kehidupan kampung sebenar di Homestay MADA Kampung Jeruju.

No comments:

Post a Comment