Monday, June 9, 2014

Road To MAHA Kedah Bantu Tingkat Pendapatan Usahawan


Program Road To MAHA Peringkat Negeri Kedah 2014 telah memberi peluang kepada usahawan inustri asas tani di Negeri Kedah untuk meningkatkan pendapatan dengan mengambil perluang mempromosi dan memasarkan produk mereka sepanjang program tersebut berlangsung, dari 29 sehingga 31 Mei 2014.

Pengerusi MADA, Dato’ Othman bin Haji Aziz berkata ia merupakan satu platform kepada usahawan-usahawan di bawah bimbingan agensi dan jabatan di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi mempamer, mempromosi dan memasrkan produk hasilan mereka kepada orang ramai.

Beliau berkata, ia sememangnya objektif utama program tersebut diadakan selain mempromosikan MAHA 2014 yang akan diadakan pada 20 sehingga 30 November 2014 ini.

Harapan beliau adalah produk usahawan bukan sahaja dapat dipamer dan dipasar kepada masyarakat setempat semata-mata tetapi dapat dieksport ke negara luar selaras dengan kehendak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang mahukan produk-produk tersebut dapat dikembangkan secara meluas ke peringkat antarabangsa.

Katanya lagi, seminar keusahawanan juga turut diselitkan dalam program tersebut bagi memberi peluang kepada golongan muda, belia dan siswazah untuk berjinak-jinak dengan keusahawanan tani yang akan menjadi pendokong dalam sektor pertanian di masa hadapan.

Dato’ Othman bin Haji Aziz berkata selaras dengan tema MAHA 2014 iaitu “Agroteknologi Pemangkin Transformasi”, ianya sejajar dengan hasrat kerajaan untuk memodenkan sektor pertanian melalui daripada pertanian berskala kecil kepada pertanian berskala besar , berasaskan kehendak pasaran dan pengeluaran produk yang tinggi melalui pendekatan Dasar Agromakan Negara.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya semasa merasmikan Majlis Penutup Program Road To MAHA Peringkat Negeri Kedah 2014 pada 31 Mei 2014 bertempat di Pusat Pertumbuhan Desa, Sungai Korok, Alor Biak, Ayer Hitam, Kedah.

Di akhir ucapan beliau juga berharap dengan adanya program sebegini akan dapat melahirkan lebih ramai usahawan menceburi industri pertanian dan industri asastani.

Hampir 15,000 orang telah membanjiri karnival ini dan lebih RM150,000 nilai jualan yang berjaya dikumpulkan sepanjang tiga hari ianya berlangsung.

Turut hadir sama dalam majlis penutup tersebut adalah Timbalan Pengurus Besar (Pertanian) MADA, Tuan Haji Md Zuki bin Ismail, dan Timbalan Pengurus Besar (Teknikal) MADA, Ir. Hor Tek Lip.

No comments:

Post a Comment