Monday, July 29, 2013

Guna Media Sosial Tarik Golongan Muda Ceburi Pertanian



Penggunaan media sosial terutamanya dalam dunia siber akan dipertingkatkan dalam mempromosikan sektor pertanian kepada golongan muda secara aktif

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato` Sri Ismail Sabri bin Yaakob berkata kementerian telah mewujudkan pasukan siber bagi setiap agensi di bawahnya untuk memberi pendedahan sektor pertanian dan mengubah persepsi golongan muda terhadap pertanian yang tidak memberi keuntungan.

Beliau berkata pasukan siber yang ditubuhkan ini akan mempromosikan sektor pertanian di laman sosial terutamanya di Facebook, Twitter dan Youtube selaras dengan salah satu prinsip kementerian yang ingin memudakan pertanian khususnya kepada golongan belia.

Tambah beliau, selain memberi fokus kepada media sosial dalam menarik minat golongan muda, pihak kementerian telah mengambil pelbagai inisiatif bagi menarik minat golongan tersebut dalam sektor pertanian termasuk perbincangan bersama Majlis Belia Malaysia dan pada dasarnya telah bersetuju untuk mengadakan kerjasama dengan pihak Universiti Putra Malaysia (UPM).


Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Amanat Bersama Menteri di Hall D, Dewan Maeps, UPM Serdang pada 3 Julai 2013. 













No comments:

Post a Comment