Monday, July 29, 2013

Taklimat&Dialog Bersama Belia - My Kampung My Future

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah mengadakan Taklimat dan Sesi Dialog Bersama Belia telah diadakan di Kompleks Anak Yatim dan Miskin Baitul Ihsan, Kampung Perik, Kuala Nerang pada 4 Julai 2013.

Sesi dialog ini diadakan bertujuan untuk mendapat input dan padangan daripada belia Kampung Perik mengenai pelaksanaan My Kampung My Future dan ia juga merupakan platform bersama rakyat oleh kementerian, jabatan dan agensi kerajaan.

Antara isu dan pandangan yang dibangkitkan oleh belia untuk perhatian pihak kementerian, jabatan dan agensi kerajaan adalah memohon menyediakan jentera yang dikenali sebagai traktor untuk perusahaan ladang sayur.

Selain itu, para belia yang tidak mempunyai pekerjaan memohon menyediakan tapak dan modal kepada mereka untuk ternakan ikan talapia di kawasan tersebut.

Di samping itu, belia juga memohon pembinaan Dewan Komuniti dipertimbangkan kerana mereka sangat memerlukan dewan sebegini bagi majlis keraian, mesyuarat mahupun perjumpaan diadakan serta kemudahan asas yang lain untuk digunakan seperti padang futsal untuk para belia masih lagi tidak lengkap.

Taklimat dan Sesi Dialog Bersama Belia kali ini telah memilih Kampung Perik, Kampung Lembah Permai, Kampung Paya Terap dan Kampung Seberang bagi negeri Kedah untuk diusahakan bagi menjayakan pelaksanaan My Kampung My Future.















No comments:

Post a Comment