Monday, July 29, 2013

MADA Cemerlang di Sukan MOA 2013

Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) menjadi naib johan dalam Sukan Kementerian Pertanian dan Industri Tani bagi tahun 2013 yang berlangsung di Universiti Putra Malaysia, Serdang yang diadakan pada 4 – 7 Julai 2013. 

MADA yang merangkul gelaran naib johan tiga kali berturut-turut itu memenangi dalam acara Bola Sepak, Bola Tampar (Wanita), Karom dan Ping Pong serta memperoleh Anugerah Pengurus Terbaik yang dirangkul oleh Rosmaini Rashid dan juga menjuarai Persembahan Kebudayaan dan Kesenian yang menampilkan sketsa “Aci-Aci Buka Pintu”.

MADA yang hampir bergelar juara apabila tewas kepada Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) dengan perbezaan satu mata sahaja.

Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato` Hashim Abdullah berkata tujuan utama program begini diadakan adalah untuk mengeratkan hubugan silaturahim sesama pegawai-pegawai di bawah kementerian selain memupuk semangat kerjasama dan kesukanan dalam diri masing-masing.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah bagi program sukan ini dan turut dihadiri oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato` Sri Ismail Sabri Yaakob.

Sukan Kementerian Pertanian dan Industri Asas  Tani bermula pada tahun 2003 yang berlangsung di UiTM Shah Alam dan KADA akan menjadi tuan rumah seterusnya bagi program ini pada tahun 2015.


Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato` Sri Ismail Sabri Yaakob turut hadir merasmikan Majlis Perasmian Sukan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.




















No comments:

Post a Comment