Sunday, October 20, 2013
Program Latihan dan Penerapan Teknik Pengendalian Lembu Korban
Program Latihan dan Penerapan Teknik Pengendalian Lembu Korban telah diadakan pada 17 Oktober 2013 di PPK G-IV Guar Cempedak. Program ini diadakan adalah untuk menambahkan pengetahuan dan menerapkan kemahiran dalam penyembelihan lembu korban disamping mengeratkan silaturahim masyarakat setempat.
Musical Fountain (Pancutan Air Berirama)
Musical Fountain (Pancutan Air Berirama) telah diadakan pada 14 dan 15 Oktober 2013 di Taman Jubli Emas, Alor Setar, Kedah.
MADA di Mini MAHA 2013
Mini MAHA 2013 kali ini diadakan selama tiga hari bermula pada 10 Oktober 2013 sehingga 13 Oktober 2013 di Pasir Salak, Perak.
Kursus Asas Pengurusan Perniagaan Dan Ledakan Pemasaran
Kursus Pemantapan Pengurusan PPK Perakaunan Projek Estet Padi NKEA
Persidangan Mangga Kebangsaan 2013 Beri 1001 Manfaat
Persidangan Mangga Kebangsaan 2013 telah memberi banyak manfaat kepada peserta yang mengikutinya selama tiga hari bermula pada 7 Oktober 2013 dan berakhir pada 9 Oktober 2013.
Seramai 169 peserta yang mengikuti persidangan ini yang diadakan di TH Hotel & Convention Centre, Alor Setar, Kedah terdiri daripada pelajar IPTA dan IPTS, Pegawai dari Jabatan dan Agensi di bawah kementerian, penyelidik industri, pengilang, usahawan, dan pengusaha komersial tanaman negara.
Objektif utama persidangan ini diadakan adalah memanfaatkan hasil penyelidikan sebagai teknologi terkini dalam usaha untuk meningkatkan kefahaman dan pengetahuan pengurusan industri mangga.
Selain itu, ia juga menjadikan tanaman mangga dan produk hilirannya berpotensi dengan peningkatan pengurusan dan penyediaan dalam mengharungi pasaran antarabangsa.
Seminar ini mempunyai lima sesi dan disampaikan oleh seramai 18 pembentang yang sangat berpengalaman dalam industri pertanian, terutamanya mangga.
Di hari terakhir persidangan tersebut, para peserta dibawa melawat Ladang Mangga di Tobiar, Pendang.
Lawatan ke Ladang Mangga Tobiar Beri Pengalaman Baru
Peserta Persidangan Mangga Kebangsaan 2013 menimba pengalaman baru yang amat bermakna apabila diberi peluang untuk melawat Ladang Mangga yang berkeluasan 41 hektar di Tobiar, Pendang pada 9 Oktober 2013 dan dimulakan dengan pulut mangga dan ‘mango-shake’ sebagai hidangan makan pagi.
Dalam lawatan tersebut, para peserta menerima penerangan mengenai demonstrasi cantuman, demo syarikat swasta, aktiviti pasca tuai dan pemprosesan puree.
Selain itu, para peserta juga dibawa melawat ladang mangga dengan menaiki trem serta memanjat Menara Tinjau bagi melihat keindahan ladang mangga dan kawasan sekitarnya secara keseluruhan.
Di akhir lawatan tersebut, para peserta dihidangkan dengan jamuan tengahari iaitu nasi putih bersama gulai ikan masin, ikan kembong bakar, kerabu mangga, jus mangga dan jeli mangga
Subscribe to:
Posts (Atom)