Sunday, October 20, 2013
MADA perkenal produk di Halfest 2013
Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) memperkenalkan pelbagai produk keluarannya di Halfest 2013 bertempat di Pusat Pameran Mines, Seri Kembangan, Selangor.
Antara produk yang dibawa oleh usawahan bimbingan MADA ke Halfest 2013 adalah Kordial Minuman berperisa Mangga dan Nenas, Jeli Nira, Cuka Nipah, Kerepek Tradisional dan banyak lagi.
Halfest 2013 yang diadakan selama lima hari bermula pada 2 Oktober 2013 ini bertujuan untuk membantu pengusaha dan ushawan mempamerkan produk keluaran sendiri untuk pasaran tempatan.
Selain itu juga, ia menjadi platform dalam meningkatkan tahap produk yang dihasilkan selain pemasaran yang lebih mapan serta memberi peluang kepada pengusaha dan usahawan berkongsi idea dan pada masa yang sama memudahkan mereka memasarkan barangan yang berkualiti.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment