Sunday, October 20, 2013
MADA sasar 50,000 hektar estet padi 2020
Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) menyasarkan program estet padi Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) mencapai 50,000 hektar menjelang 2020.
Pengerusi MADA, Dato` Othman bin Aziz berkata, NKEA yang berada di bawah Projek Permulaan (EPP) 10 diwujudkan sejak dua tahun lalu itu untuk menggalakkan pesawah menjalankan pertanian secara berskala besar.
Menurut beliau, jumlah tanaman padi di kawasan lembaga itu kini adalah sebanyak 15,000 hektar.
“Kita menggalakkan golongan pesawah menyertai projek ini supaya pengurusan tanaman yang diusahakan lebih sistematik, meningkatkan hasil pengeluaran padi dan menambah pendapatan mereka.
“MADA mahu setiap tanaman membuahkan hasil yang lumayan, di mana kita melihat prospek penghasilan padi semakin memuaskan dan terbukti pada musim ini kutipan mencapai 6.31 tan metrik bagi satu hektar berbanding 5.5 tan metrik musim yang lalu,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pengarah pada 26 September 2013 di Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment