Saturday, September 7, 2013

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang MOA 2013

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah diadakan pada 20 Ogos 2013 di Dewan D, Maeps, Serdang. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Tujuan majlis ini diadakan untuk memberi pengiktirafan kepada warga kementerian atas sumbangan dan pencapaian cemerlang dalam melaksanakan tugas-tugas rasmi disamping penglibatan aktif di dalam kegiatan sukan, sosial dan kemasyarakatan. "Pegawai yang layak dipertimbangkan pemberian APC adalah dengan memperolehi markah Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) 85% dan keatas dan bebas dari tindakan tatatertib dalam tahun penilaian" kata beliau dlm majlis tersebut. Pegawai yang menerima anugerah ini akan membawa pulang sijil perkhidmatan cemerlang, Sijil Simpanan Premium bernilai rm1000, peluang mengikuti program latihan bagi meningkatkan tahap konpetensi masing-masing dan peluang dalam pencalonan untuk menerima Darjah Kebesaran, Bintang, dan Pingat Persekutuan atau Negeri. Majlis APC ini diadakan secara berperingkat dan pegawai-pegawai MADA akan menerima anugerah cemerlang peringkat kedua pada 19 September 2013 di Dewan D, Maeps, Serdang.

No comments:

Post a Comment