Saturday, September 7, 2013

Majlis Ramah Mesra bersama Pengerusi MPPP, Pemimpin Peladang dan Nelayan

Majlis Ramah Mesra bersama Pengerusi MPPP, Pemimpin Peladang dan Nelayan telah diadakan di Darulaman Golf Country Club pada 23 Ogos 2013. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato` Sri Ismail Sabri bin Yaakob berkata, tujuan majlis ini diadakan adalah untuk menjelaskan tentang perkhidmatan atau fungsi kementerian kepada pemimpin peladang, dan nelayan yang hadir. Dalam majlis tersebut, beliau berkata, kementerian pertanian dan industri asas tani merupakan salah satu kementerian yang terpenting di dalam negara, dimana membekalkan makanan kepada penduduk Malaysia. Oleh yang demikian, pihak kementerian sentiasa memastikan bekalan makanan yang cukup kepada penduduk serta dapat mengeksport bekalan ke luar negara disamping akan memastikan pendapatan petani, penternak dan nelayan dapat di tingkatkan. Tambah beliau, ia merupakan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) kementerian dalam usaha menjamin keselesaan penduduk serta petani, penternak dan nelayan. Selain itu, beberapa fokus sedang dibuat antaranya ialah meningkatkan pengeluaran, memberi fokus dalam pemasaran bekalan atau produk dan menambah perbelanjaan dalam promosi kepada agensi yang terlibat. Tambah beliau, kementerian turut memberi fokus kepada penanaman padi dalam tenologi Padi Aerob, permasalahan nelayan dan orang tengah, penambahan pasar tani di seluruh negara, modal kepada petani untuk menanam semula buah-buahan dan menubuhkan Majlis Perundingan Usahawan Agro (MPUA) kepada generasi muda. Di akhir majlis tersebut, beliau menyampaikan peruntukan sebanyak RM 80 ribu kepada semua Pengerusi MPPP yang mewakili parlimen di negeri Kedah.

No comments:

Post a Comment