Saturday, June 20, 2015

Pesta Mempelam Chok Anan Tingkat Sumber Agromkanan Negara

Pesta Mempelam Chok Anan yang dianjurkan oleh Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan dikendalikan oleh Bahagian Industri Asas Tani dan Bukan Padi MADA bakal meningkatkan sumber agromakan negara.

Pengerusi MADA, Dato` Othman bin Haji Aziz berkata ia merupakan salah satu usaha MADA bukan sahaja dalam meningkatkan sumber agromakan Negara tetapi berusaha membantu meningkatkan pendapatan peladang MADA yang mengusahakan ladang mempelam.

Beliau berkata pesta tersebut diadakan bertujuan bagi mempromosikan Chokanan sebagai mempelam komersial yang bernilai tinggi di negeri Kedah serta dapat di setandingkan dengan harumanis di negeri Perlis selain mengetengahkan produk-produk hiliran jenama Tobiar Gold MADA yang berasaskan mempelam.

Katanya, bagi memastikan pelam chok anan setanding harumanis, jabatan dan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani perlu di pertingkatkan lagi bagi memastikan pelam chok anan dapat diusahakan secara komersial, berkualiti tinggi dan berupaya dipasarkan sebagai produk bernilai tinggi dan berkualiti eksport.

Ladang mempelam yang mempunyai keluasan 42 hektar dengan kapasiti penanaman lebih 18 ribu pokok mempelam Chok Anan memainkan peranan besar dan berfungsi sebagai pusat pengeluaran buah mempelam segar, pusat pengeluaran puree mempelam untuk kegunaan produk industri asas tani berasakan mempelam, pusat pengumpulan buah segar dari ladang dan dari peladang-peladang di seluruh Kawasan Muda, pusat teknologi mempelam, pusat latihan amali mempelam, pusat pengeluaran benih mempelam dan destinasi agropelancongan MADA.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya di Majlis Pelancaran Pesta Mempelam Chok Anan MADA 2015 di Ladang Mempelam Tobiar Pendang pada 14 Jun 2015.

Dalam majlis itu juga, Dato` Othman menyampaikan sijil penghargaan kepada peladang-peladang yang mengusahakan tanaman mempelam secara komersial dan berupaya mencapai hasil lapan sehingga 16 tan setahun.

Tambah beliau, sehingga kini MADA mempunyai seramai 300 peladang outgrowers yang mengusahakan tanaman mempelam dengan jumlah keluasan 250 hektar dan mampu menghasilkan 60 tan mempelam pada tahun 2014 dengan nilai RM 240 ribu dan dijangkan pada tahun 2015 hasil pelam bakal dicapai dengan jumlah 70 tan yang bernilai RM 300 ribu.

Turut mengiringi beliau dalam majlis tersebut adalah Pengurus Besar MADA, Tuan Haji Md Zuki bin Ismail, Pengarah Bahagian Industri Asas Tani dan Bukan Padi MADA, Encik Ruslan Ghani bin Ahmad, Pengarah Bahagian Industri Padi, Tuan Haji Kamaruddin bin Dahuli dan wakil-wakil dari jabatan dan agensi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani negeri Kedah

No comments:

Post a Comment