Sunday, October 20, 2013

Ladang Mangga di Tobiar sebagai Taman Sains Agrotech Kedah

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Asas Tani Kedah, Yang Berhormat Dato` Suraya Yaacob berkata Taman Sains Agrotek Kedah akan dibina selaras dengan salah satu manifesto yang dijanjikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah, Datuk Paduka Mukhriz Mahathir kepada rakyat di negeri Kedah. Beliau berkata, Taman Sains Agrotek yang berkeluasan 41 hektar dalam Ladang Mangga di Tobiar, Pendang dibina bertujuan untuk mentransformasikan pembangunan dalam pertanian dan juga dapat meningkatkan kualiti pelbagai jenis tanaman yang ada di negeri tersebut selain menggabungkan sains dan teknologi dalam pertanian. Cadangan membina Taman Sains Agrotek tersebut mendapat sokongan penuh dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan akan berkerjasama dalam menjayakan pembinaan taman tersebut. Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Perasmian Persidangan Mangga Kebangsaan 2013 pada 7 Oktober 2013 di TH Hotel & Covention Centre, Alor Setar.

No comments:

Post a Comment