Sunday, October 20, 2013

PPK F-IV Sungai Limau Dalam Terima Kunjungan Timbalan Perdana Menteri Malaysia

Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) di PPK F-IV Sungai Limau Dalam menerima kunjungan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Datuk Muhyiddin bin Mohd Yassin pada 8 Oktober 2013. Dalam kunjungan tersebut, beliau berkata kerajaan sentiasa mengambil berat akan pertanian sawah padi di negeri tersebut yang sememangnya menjadi penyumbang utama dalam pengeluaran beras kepada negara. Tambah beliau, kerajaan juga sentiasa melakukan pelbagai inisiatif dalam meningkatkan pembangunan pertanian terutamanya pertanian sawah di Kedah. Kunjungan tersebut turut dihadiri bersama Menteri Besar Kedah, Datuk Paduka Haji Mukhriz bin Mahathir, Menteri Kemajuan Luar dan Wilayah, Dato` Seri Mohd Shafie bin Afdal, Pengerusi MADA, Dato` Othman bin Aziz, Dato` Seri Sharizat binti Abdul Jalil, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Asas Tani Kedah, Datuk Suraya binti Yaacob dan Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia Kedah, Datuk Tajuddin bin Abdullah.

No comments:

Post a Comment