Sunday, October 20, 2013

Mangga Tanaman Komersial Kedua Di Kedah – Harapan YB Datuk Suraya Yaacob

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Asas Tani Kedah, Yang Berhormat Dato` Suraya Yaacob berharap buah mangga menjadi tanaman komersial kedua di negeri Kedah selain pertanian sawah padi. Beliau berkata dengan keluasan tanah sebanyak 41 hektar di Tobiar, Pendang dan juga kesesuain tanah dan cuaca memberi kelebihan kepada negeri Kedah dalam pertanian mangga yang sentiasa mendapat permintaan yang tinggi. Beliau juga berharap suatu penjenamaan baru seperti “Mangga Kedah” yang memberi gambaran produk mangga dari negeri Kedah adalah yang terbaik dan hebat. Tambah beliau, mangga juga sememangnya menambah pendapatan pengusaha mangga sekiranya diusahakan samada secara sampingan ataupun komersial. Beliau berkata demikian dalam ucapan beliau di Majlis Perasmian Persidangan Mangga Kebangsaan pada 7 Oktober 2013 di TH Hotel & Convention Centre, Alor Setar, Kedah

No comments:

Post a Comment