Sunday, October 20, 2013

MADA Pertama Kali Anjur Persidangan Mangga Kebangsaan 2013

Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) buat pertama kalinya menganjurkan Seminar Persidangan Mangga 2013 dengan kerjasama Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) pada 7 sehingga 9 Oktober 2013 di TH Hotel & Convention Centre, Alor Setar, Kedah. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Asas Tani Kedah, Yang Berhormat Dato` Suraya Yaacob mewakili Menteri Besar Kedah berkata persidangan kali ini yang diadakan di Kedah kerana negeri tersebut berpotensi sebagai pengeluar mangga berdasarkan kepada kesesuaian tanah dan cuaca. Tambah beliau, permintaan terhadap buah mangga ini mendapat sambutan yang menggalakkan dimana buah tersebut boleh dimakan mentah dalam pelbagai keadaan, dibuat jeruk, jus minuman, kerabu dan juga diproses menjadi perisa dan candi. Beliau berkata demikian dalam ucapannya di Majlis Perasmian Persidangan Mangga Kebangsaan 2013 yang juga turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato` Haji Raihan bin Sharif. Persidangan kali ini bertemakan ” From farm to Table” yg menampilkan 18 pembentangan pelbagai kertas kerja daripada pakar-pakar tanaman dan pemprosesan dari industri rantaian nilai berasaskan mangga.

No comments:

Post a Comment