Tuesday, November 19, 2013

2000 ribu pengunjung banjiri Karnival Sukan Selut

Seramai 2000 pengunjung membanjiri karnival Sukan selut yang dianjurkan oleh MADA pada 2 November 2013 di Kampung Gelam, Bukit Besar, Kedah. Pengerusi Karnival Sukan Selut, Encik Md Zahir Sharif berkata pengunjung yang hadir di karnival tersebut telah melebihi jangkauan yang di jangkakan dan juga penyertaan peserta yang sangat memberansangkan. Tambah beliau, tujuan karnival ini diadakan adalah merapatkan silaturahim antara penduduk di Kampung Gelam dan juga kakitangan MADA. Dalam majlis yang sama, Pengerusi MADA, Dato' Othman bin Aziz bercadang karnival seperti ini diadakan setiap tahun dan dijadikan sebagai acara tahunan bagi pihak MADA bersama rakyat. Bagi Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Mohd Hashim bin Abdullah bersetuju karnival seperti ini diadakan dan juga sebagai platform untuk golongan belia meminati pertanian. Turut hadir dalam karnival tersebut adalah Pengurus Besar MADA, Dato' Haji Abdul Rahim bin Saleh dan Timbalan Pengurus Besar MADA, Dato' Haji Roslee bin Baharom. Aktiviti-aktiviti yang disediakan dalam karnival tersebut seperti mencari harta karun, serkap ikan, bola baling dan tangkap itik.

No comments:

Post a Comment