Tuesday, November 19, 2013

Golongan petani mendapat perhatian

Kerajaan sentiasa memberi fokus dana perhatian kepada rakyat terutamanya kepada golongan petani. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato` Seri Jamil Khir bin Baharom bersetuju mengenai Bajet 2014 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato` Seri Mohd Najib Razak baru-baru ini di mana sebanyak RM 6 billion diperuntukan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Tambah beliau, peruntukan tersebut menunjukkan bahawa pertanian sangat penting kepada negara terutamanya kepada pesawah di negeri Kedah yang sememangnya pengeluar padi utama kepada negara. Selain itu, beliau berharap para pesawah di negeri Kedah tidak hanya memfokuskan kepada kerja penanaman padi tetapi dapat mencari sumber pendapatan tambahan seperti mengusahakan makanan sejuk beku, kuih-muih tradisional dan banyak lagi melalui pelbagai bantuan dan insentif yang diberikan oleh kerajaan. Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Bersama Masyarakat pada 28 Oktober 2013 di PPK F-IV Sungai Limau Dalam. Dalam majlis tersebut, beliau turut menyampaikan bantuan zakat Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafaz) dan juga bantuan mesin dan peralatan industri asas tani serta bantuan “touch point” dari Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) kepada penerima bantuan.

No comments:

Post a Comment