Tuesday, November 19, 2013

Pengerusi MADA di Selamat Pagi 1Malaysia

RTM mengambil peluang yang cukup bermakna apabila berkesempatan menemu bual bersama Pengerusi MADA, Dato` Othman bin Aziz dalam rancangan yang sentiasa mendapat sambutan hangat oleh rakyat Malaysia iaitu Selamat Pagi 1Malaysia. Sesi temu bual tersebut telah di langsungkan secara “Live” oleh RTM dari PPK E-IV Bukit Besar pada 27 Oktober 2013. Antara intipati yang ditemu bual dalam rancangan tersebut adalah peranan MADA kepada rakyat, visi dan misi MADA, kejayaan MADA yang telah dikecapi serta perancangan MADA di masa hadapan. Selepas sesi temu bual tersebut, Pengerusi MADA yang kemudiannya melawat di booth-booth yang terdapat dalam Karnival Usahawan Bukit Besar 2013 sambil beramah mesra bersama pengunjung yang hadir.

No comments:

Post a Comment