Tuesday, November 19, 2013

Pertanian padi sumber penting negara

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato` Sri Ismail Sabri bin Yaakob berkata pertanian padi merupakan salah satu sumber penting kepada negara. Tambah beliau, sebanyak RM 6 billion yang diperuntukkan kepada kementerian dalam bajet 2014 di mana dalam peruntukan tersebut sebanyak RM 2.4 billion kepada pertanian sawah padi. Beliau berkata, sebanyak 40% pengeluaran hasil padi di negeri Kedah telah menunjukkan bahawa pertanian padi sememangnya amat penting kepada negara. Selain itu, pihak kementerian juga tidak hanya mementingkan pertanian sawah sahaja di mana membekalkan bantuan baja dan lain-lain tetapi juga mengambil berat dan menjaga kepentingan petani. Ini kerana petani merupakan agen penting yang mengusahakan pertanian sawah serta sentiasa memastikan pengeluaran padi berkualiti dan mencapai hasil pengeluaran yang ditetapkan. Beliau berkata demikian dalam Majlis Ramah Mesra Kementeria Pertanian dan Industri Asas Tani Bersama Peladang dan Penyerahan Insentif Estet Padi NKEA EPP 10 Musim 2/2013 pada 2 November 2013 di PPK D-IV Permatang Buloh. Dalam majlis itu juga, beliau turut menyampaikan insentif kepada penerima Projek Estet Padi NKEA EPP 10 Musim 2/2013 dan juga bantuan “touch point” MADA iaitu anak ayam, dedak dan juga buah nenas kepada pengunjung yang hadir. Turut hadir sama dalam majlis tersebut adalah Exco Pertanian dan Asas Tani Kedah, Datuk Suraya Yaacob, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato` Mohd Hashim bin Abdullah, Pengerusi MADA, Dato` Othman bin Aziz, dan Pengurus Besar MADA, Dato` Haji Abdul Rahim bin Saleh.

No comments:

Post a Comment