Monday, October 26, 2015

MADA kuasai pingat perak di MaGis 2015

Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) telah merangkul tiga pingat perak di Anugerah Pameran Pertanian dan Reka Cipta Malaysia (MagIS) 2015.

Ketiga-tiga pingat perak tersebut dirangkul oleh Bahagian Khidmat Pengurusan yang membawa produk Sisir dan Perata, Bahagian Mekanikal dan Elektrikal dengan produk Agri Achor yang masing-masing bertanding dalam kategori Jabatan dan Agensi manakala Mada Rice Trainning Centre (MRTC) pula bertanding dalam kategori Kolej dan Politeknik yang membawa produk Power Rake Tiller.

Kesemua penyertaan dari MADA adalah dalam bidang Kejuruteraan Pertanian.

MAgIS 2015 telah berlangsung selama dua hari bermula pada 20 Oktober 2015 dan menerima sebanyak 117 penyertaan termasuk 40 penyertaan peringkat sekolah, 48 peringkat universiti, tiga syarikat selain dua penyertaan daripada individu dan tiga penyertaan politeknik.

Penyampaian pingat telah disampaikan oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato` Seri Tajuddin bin Abdul Rahman pada 21 Oktober 2015 di Maeps, Serdang.

MAgIS merupakan anjuran dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dengan kerjasama Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) serta beberapa agensi dan jabatan lain dalam mempromosi budaya inovasi, menyediakan peluang dan pendedahan di samping mengenal pasti teknologi dan inovasi terbaharu dalam kalangan saintis, ahli akademik, pelajar mahupun orang perseorangan.

No comments:

Post a Comment