Sunday, October 4, 2015

3,000 pengunjung hadir meriahkan jamuan raya MADA

Seramai 3,000 pengunjung telah hadir dan turut meraikan Majlis Jamuan Raya MADA yang diadakan pada 3 Ogos 2015 bertempat di Konkos, Ibu Pejabat MADA.

Pelbagai juadah yang disediakan kepaada pengunjung yang hadir melalui 10 gerai makanan seperti nasi minyak, ketupat, lemang, rendang, laksa, bihun sup, mee kari, rojak buah, satay, buah-buahan tempatan, dan banyak lagi.

Pengunjung juga diserikan dengan persembahan kebudayaan yang di bawa khas dari Kuala Lumpur iaitu TEKUN Band dan juga berpeluang menyaksikan Pengerusi MADA, Dato` Othman bin Haji Aziz mendendangkan beberapa buah lagu.

Turut hadir sama dalam majlis jamuan raya MADA adalah Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato` Suraya bin Yaakob, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan Kedah, Dato` Mohd Tajuddin bin Abdullah, Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen, dan mantan Pengurus Besar MADA, Dato` Haji Abdul Rahim Saleh bersama isteri, serta wakil dari jabatan dan agensi negeri Kedah.

No comments:

Post a Comment