Pengerusi MADA, Dato` Othman bin Haji Aziz telah meluangkan masa bersama-sama 50 orang Agroprenuer Muda MADA di dalam Majlis Coffee Talk bertempat di Darulaman Golf and Country Club, Bandar Darulaman, Jitra pada 22 Mac 2015.
Dalam majlis tersebut, Dato` Othman bin Haji Aziz telah menyampaikan ucaptama dan nasihat kepada semua yang hadir teruatamanya dari segi pengeluaran dan pemasaran produk.
Selain itu, beliau juga menyatakan bahawa Agropreneur Muda MADA adalah satu usaha MADA yang telah diamanatkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dalam mendidik dan membantu golongan tersebut meningkatkan pendapatan mereka serta keluar daripada garis kemiskinan.
Beliau turut berbangga dengan penglibatan Agropreneur Muda MADA yang semakin ramai dimana pada tahun 2014 seramai 100 orang dan pada tahun 2015 dianggarkan seramai 100 orang akan melibatkan diri dalam bidang ini.
Katanya, ushawan Agropreneur Muda ini akan menerima manfaat sokongan bantuan MADA dengan menyertai program pembangunan modal insan, mesin atau peralatan, penambahbaikan premis serta program promosi dan pemasaran.
Tambah beliau, pencapaian jualan tahunan usahawan pada tahun 2014 adalah sebanyak RM 112.8 juta berbanding sasaran pada tahun tersebut adalah RM 90 juta.
Katanya lagi, pada tahun 2015 MADA menyasarkan nilai jualan tahunan sebanyak RM120 juta.
Hadir sama dalam majlis tersebut adalah Pengarah Bahagian Industri Asas Tani dan Bukan Padi, Encik Ruslan Ghani bin Ahmad, Pengarah Pengurusan Wilayah, Tuan Haji Mustafa bin Murat, Ketua Pegawai Eksekutif MADA Corp, Encik Shakir Jamil bin Fisal, Pengurus Wilayah II MADA, Encik Dzulkifli bin Yaakob dan wakil daripada Tekun Nasional dan Agrobank.
Program Pembangunan Usahawan MADA diwujudkan sejak tahun 2006 dengan berteraskan kepada Pelan Pembangunan Usahawan Industri Asas Tani Nasional yang bertujuan untuk membangunkan usahawan tani di bidang agromakanan iaitu tanaman, ternakan dan akuakultur serta memperkasakan usahawan pemprosesan yang mementingkan peningkatan pengeluaran produk yang berkualiti dan berdaya saing di pasaran.
No comments:
Post a Comment