Wednesday, May 27, 2015

Seramai 151 orang sertai Agropreneur Muda

Seramai 151 orang telah mengambil inisiatif untuk menyertai Agropreneur Muda yang dianjurkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi negeri Kedah dan Perlis.

Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Azizan bin Mohamad Sidin berkata daripada jumlah tersebut seramai 107 Agropreneur Muda dari negeri Kedah dan 44 Agropreneur Muda dari negeri Perlis

Beliau yang merasmikan Majlis Penutup Jelajah Agropreneur Muda Zon Utara Kedah Perlis di MRTC, Jalan Langgar berasa yakin bahawa setiap jabatan dan agensi di bawah Kementerian akan mencapai sasaran yang telah disasarkan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato` Sri Ismail Sabri bin Yaakob seramai 100 agropreneur muda bagi tahun 2015.

Beliau berharap dengan adanya Agropreneur Muda ini akan menerajui pertumbuhan ekonomi pertanian kerana pada masa ini hanya 15 % sahaja golongan muda yang mengusahakan sektor pertanian.

Dalam majlis tersebut juga, beliau sempat meluangkan masa beramah mesra bersama pelajar-pelajar MADA Rice Trainning Center (MRTC) pada 27 Mei 2014.
Turut mengiringi beliau dalam majlis tersebut adalah Pengurus Besar MADA, Tuan Haji Md Zuki bin Ismail.


No comments:

Post a Comment