Lembaga Pertanian Muda (MADA) mengarahkan 700 pegawai dan kakitangannya supaya lebih aktif turun padang bertemu dengan golongan petani agar maklumat terkini sampai kepada golongan berkenaan.
Pengerusi MADA, Dato` Othman bin Haji Aziz berkata mereka yang terlibat terdiri daripada pegawai dan anggota yang mahir serta berpengalaman dalam bidang pertanian dan juga teknikal bagi membantu petani meningkatkan hasil pertanian.
Beliau berkata anggota yang terlibat akan ditempatkan mengikut kawasan tertentu bagi membolehkan mereka lebih fokus kepada petani dalam kawasan mereka terlibat sahaja.
Sebagai contoh di mana empat pegawai MADA ditugaskan untuk menjaga 300 hektar sawah padi dan kumpulan ini bertanggungjawab memberi maklumat terkini mengenai jadual membajak sawah, penanaman padi dan kawalan penyakit berjangkit.
Tambah beliau, pegawai pengembangan yang telah dilantik juga dapat mendidik petani bukan sahaja mengenai amalan pertanian yang baik tetapi maklumat-maklumat dalam meningkatkan hasik pertanian yang lebih baik.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Seminar Pengembangan 2015 di TH Hotel Alor Setar pada 3 September 2015 yang turut dihadiri oleh Timbalan Pengurus Besar (Pertanian) MADA, Encik Fouzi bin Ali, Timbalan Pengurus Besar (Teknikal) MADA, IR Hor Tek Lip dan Pengarah-Pengarah Bahagian MADA.
Dato` Othman berkata amalan turun padang sebelum ini telah dilakukan oleh kakitangan dan pegawai MADA terdahulu dan perlu diaktifkan kembali.
Katanya lagi, jabatan seperti Jabatan Pertanian serta Jabatan Pengairan dan Saliran perlu bekerjasama dengan menyalurkan maklumat sekiranya sawah mengalami masalah di luar bidang kawalan mereka.
No comments:
Post a Comment