Wednesday, October 28, 2015

Bengkel Penyediaan Pelan Tindakan Pelan Korporat PPK MADA 2015-2020

Bengkel Penyediaan Pelan Tindakan Pelan Korporat PPK MADA 2015-2020 telah dirasmikan oleh Timbalan Pengurus Besar (Pertanian) MADA, Encik Fouzi bin Ali pada 28 Oktober 2015 di Bustani Hotel, Jitra.

Encik Fouzi bin Ali dalam ucapannya berkata bengkel ini diadakan adalah bagi membincangkan segala perlaksanaan yang telah dilakukan oleh MADA sepanjang tahun ini mengikut yang telah dirancangkan melalui buku Pelan Korporat PPK MADA 2015-2020 memberi fokus dalam merancangkan apa yang perlu dilaksanakan bagi tahun 2016.

Beliau berharap dan mengingatkan kepada peserta-peserta bengkel yang merupakan terdiri daripada Pengarah-pengarah bahagian MADA, pengurus-pengurus besar PPK MADA, dan pegawai-pegawai kanan MADA sentiasa berinteraksi dan bekerjasama serta berganding bahu dalam mencapai apa yang telah dirancang melalui bengkel ini.

Tambahnya, semua peserta yang terlibat dalam bengkel ini hendaklah sentiasa memantau setiap masa agar segala perancangan bagi tahun 2016 berjalan dengan lancar seperti yang telah dibincangkan melalui bengkel ini.

Pelan Korporat PPK MADA 2015-2020 telah diterbitkan dan dilancarkan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada ketika itu adalah Dato` Sri Ismail Sabri bin Yaakob di Grand Alora pada Mei lepas mempunyai lapan strategik iaitu peningkatan produktiviti sektor padi, peningkatan produktiviti sektor industri asas tani dan bukan padi, pemantapan pengurusan organisasi PPK MADA, pemantapan pengurusan pernigaan dan perkhidmatan PPK MADA dan pemantapan pengurusan dan kawalan kewangan PPK MADA.

No comments:

Post a Comment