Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) telah menjadi hos bagi Hari Sukan Negara Peringkat Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Zon Utara yang diadakan pada 10 Oktober 2015 bertempat di Ibu Pejabat MADA, Alor Setar.
Sebanyak 13 jabatan dan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang meliputi tiga negeri Zon Utara iaitu Kedah, Perlis dan Pulau Pinang menyertai Hari Sukan Negara yang dirasmikan oleh Pengerusi MADA, Dato` Othman bin Haji Aziz.
Terdapat tiga aktiviti yang telah disediakan kepada peserta yang hadir ke program tersebut yang di mulakan dengan aktiviti zumba dan seterusnya pertandingan bola jaring serta bola sepak.
Hari Sukan Negara yang bakal dijadikan acara tahunan adalah insiatif yang dipacu oleh Kementerian Belia dan Sukan sebagai langkah langkah di dalam transformasi Malaysia sebagai sebuah negara sukan.
Menurut sumber Bernama, Hari Sukan Negara 2015 telah mencatat sejarah apabila menganjurkan 17,648 acara dalam masa sehari secara serentak di seluruh negara, kejayaan yang mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang menerima sijil pencapaian rekod itu berkata lebih lima juta rakyat termasuk pelajar sekolah, orang kelainan upaya dan warga emas menyertai program julung kali diadakan itu.
Adalah menjadi harapan beliau agar acara tersebut akan mengalakkan seluruh rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat selain meningkatkan produktiviti, menjana kesejahteraan komprehensif, dan memupuk semangat perpaduan dalam negara.
No comments:
Post a Comment