Saturday, January 25, 2014

Program Agro-Challenge Promosi Hari Bendang 2014

Kelab Usahawan Tani Malaysia (KUAT) telah mengadakan Program Agro-Challenge Hari Bendang 2014 peringkat Parlimen Jerlun pada 14 Januari 2014 dengan disertai oleh 20 buah kenderaan dan 45 orang peserta. Menteri Besar Kedah, YAB Datuk Paduka Haji Mukhriz bin Tun Mahathir telah melepaskan para peserta AgroChallenge Hari Bendang dengan dihadiri bersama oleh Pengerusi MADA, Dato` Othman bin Haji Aziz, yang juga Ahli Parlimen Jerlun. Setiausaha Kerhormat Kelab Usahawan Tani Malaysia, Encik Zahari Abu Yazid berkata tujuan program ini diadakan adalah untuk mempromosi Hari Bendang 2014 peringkat Parlimen Jerlun yang akan diadakan selama tiga hari bermula pada 16 sehingga 18 Januari 2014 bertempat di Kampung Pida 3 ½ , Ayer Hitam, Tunjang. Tambah beliau, pelbagai aktiviti pada Hari Bendang 2014 peringkat Parlimen Jerlun telah disediakan kepada pengunjung dan masyarakat setempat, antaranya ialah larian bendang, seminar, kempen kesihatan, forum perdana, marhaban, pertandingan kenderaan 4×4 dalam bendang dan banyak lagi.

No comments:

Post a Comment