Wednesday, January 8, 2014

Taklimat Pegawai Penyelia Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) 2014

Bahagian Pengurusan Institusi Peladang Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) telah mengadakan satu Taklimat Pegawai Penyelia Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) bagi menghadapi pilihanraya 2014 pada 6 Januari 2014 bertempat di Dewan Syed Nahar, Ibu Pejabat MADA. Tujuan taklimat tersebut diadakan adalah memberi penerangan kepada peserta mengenai persiapan menghadapi Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Kawasan bagi tahun 2014. Seramai 227 peserta yang merupakan pegawai MADA dari Ibu Pejabat, Wilayah dan setiap PPK dalam MADA menghadiri taklimat yang disampaikan oleh Ketua Cawangan Pemajuan Organisasi, Encik Mohd Amer bin Salleh, Pegawai Ehwal Ekonomi, Haji Samsuri bin Haji Samsudin dan Penolong Pegawai Pertanian Encik Ab Rahim bin Mahmood. Taklimat tersebut dirasmikan oleh Ketua Cawangan Perniagaan Tani, Tuan Haji Azizan bin Kasim yang mewakili Pengarah Bahagian Pengurusan Institusi Peladang MADA, Tuan Haji Mustafa bin Haji Murat. Pilihanraya PPK diadakan setiap dua tahun sekali bertujuan bagi pemilihan Ketua Unit, ahli jawatankuasa unit, dan Ahli Jemaah Pengarah PPK MADA yang baru.

No comments:

Post a Comment