Sunday, March 16, 2014

MADA Sertai Business Networking Session

Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) telah menyertai pameran Business Networking Session Sempena Jamuan Makan Tengahari Menteri Besar Kedah Bersama Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi Di Bawah Kerajaan Persekutuan dan Ketua-ketua Eksekutif Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) pada 12 Mac 2014 bertempat di Wisma Darulaman, Alor Setar, Kedah. Business Networking Session ini diadakan adalah bertujuan untuk memperkenal dan mempromosi produk-produk keluaran usahawan di bawah bimbingan jabatan atau agensi kepada umum khususnya kepada syarikat-syarikat swasta dan perhotelan. Selaras dengan objektif utama Business Networking Session ini diadakan, MADA telah berpeluang mempromosi sebanyak 20 jenis produk yang berpotensi tinggi dalam pasaran dengan melibatkan tujuh orang usahawan di bawah bimbingan MADA. Produk-produk usahawan MADA ini dipilih berdasarkan pengeluaran produk yang sentiasa konsisten dan berterusan; dan usahawan-usahawan yang berada di dalam PKS 3 hingga PKS 5 di mana jualan tahunan produk bernilai antara RM5 juta sehingga RM100 juta. Selain itu, produk usahawan-usahawan ini harus mempunyai Sijil Pengesahan Halal dan juga mana-mana persijilan dan akreditasi yang berkaitan seperti Sijil Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI), Sijil Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP) dan Sijil 1Malaysia Best; dan juga mempunyai pembungkusan dan pelabelan yang mematuhi Akta Makanan 1983. Turut sama dalam Business Networking Session tersebut adalah Pengurus Besar MADA, Dato` Haji Abdul Rahim bin Saleh dan Pengarah Bahagian Industri Asas Tani dan Bukan Padi MADA, Encik Zulkifli bin Romli.

No comments:

Post a Comment