Tourism Malaysia buat julung kalinya membawa bas KL Hop-On Hop-Off ke Pulau Langkawi yang akan beroperasi sepanjang acara Pesta Air Malaysia Langkawi bermula pada 9 Mei 2014 hingga 10 Mei 2014 bagi memberikan pengalaman kepada pelancung di Langkawi untuk menikmati keindahan Pulau Langkawi.
Tourism Malaysia melalui bas KL Hop-On Hop-Off telah mempromosikan Pesta Air Langkawi dalam satu jelajah bemula di Hentian RnR Tapah (arah utara), Ipoh (Stesen Keretapi dan Terminal Bas Aman Jaya Meru), Pulau Pinang (Padang Kota Lama), sekitar Bandaraya Alor Setar dan juga tidak ketinggalan singgah sebentar di Ibu Pejabat Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA).
Anggota-anggota MADA tidak melepaskan peluang untuk menaiki bas ini, disamping mengabadikan kenangan bersama bas KL Hop-On Hop-Off melalui lensa masing-masing.
Jelajah promosi ini bukan sekadar mempromosikan pesta air Langkawi sahaja, malah turut mempromosikan acara-acara Tahun Melawat Malaysia 2014.
No comments:
Post a Comment