Wednesday, May 7, 2014

Perdana Menteri Umumkan 1000 Rumah Untuk Penjawat Awam Di Kedah

Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak telah meluluskan permohonan kerajaan negeri bagi membina sebanyak 1000 buah rumah untuk penjawat awam Kedah yang jangka di bina di kawasan Bukit Pinang, Pokok Sena.

Selain itu, beliau juga meluluskan penyediaan sebanyak 20 mesin Haemodialisis seperti yang dipohon oleh Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam( CEUPACS)yang akan ditempatkan di Hospital Sultanah Bahiyah.

Tambahnya lagi, kerajaan tidak bercadang untuk mengurangkan bilangan penjawat awam dalam negara yang kini telah berjumlah 1.5 juta orang.

Katanya lagi, kerajaan memerlukan banyak pertimbangan dalam memenuhi permintaan penjawat awam dalam mengikut kemampuan dasar kerajaan walaupun dunia kini berhadapan dengan krisis ekonomi.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya di Majlis Hari Pekerja Perkhidmatan Awam 2014 pada 1 Mei 2014 di Dewan Wawasan, Jitra.

Turut hadir sama dalam majlis tersebut adalah Menteri Besar Kedah, Dato’Seri Mukriz Tun Mahathir, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal dan Presiden Ceupacs, Encik Azih Muda

No comments:

Post a Comment