Wednesday, May 7, 2014

MADA Disaran Memperluaskan Pasaran Produk Tobiar Gold Di Peringkat Antarabangsa

Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Mohd. Ariff bin Ab. Rahman telah melakukan lawatan kerja sehari ke Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) pada 5 Mei 2014.

Pada sebelah pagi, beliau menghadiri dan mempengerusikan Mesyuarat “Road To MAHA” Negeri Kedah di Dewan Syed Nahar, Ibu Pejabat MADA yang dijangka akan diadakan pada 29 sehingga 31 Mei 2014.

Beliau kemudiannya ke Ladang Nipah Kipli yang terletak di Kuala Sanglang, Perlis untuk meninjau tahap kemajuan dan pelaksanaan ladang tersebut serta menikmati laksa yang telah disediakan.

Seterusnya, beliau menerima taklimat mengenai pemprosesan buah pelam tobiar di Pusat Pemprosesan Kordial dan Jus, Taman Perindustrian KEDA, Napoh.

Ini merupakan lawatan pertama beliau ke MADA selepas memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang sebelum ini disandang oleh Dato` Dr. Baharom bin Jani.
Turut hadir sama dalam lawatan kerja ini adalah Pengarah Bahagaian Industri Asas Tani dan Bukan Padi, Encik Zulkifli bin Romli dan Ketua Cawangan Pemasaran MADA, Tuan Haji Sarani bin Shaari.

No comments:

Post a Comment