Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Pegawai-Pegawai Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (KOMADA) Ke 29 telah diadakan pada 30 April 2014 bertempat di Dewan Syed Nahar, Ibu Pejabat MADA.
Seramai 730 anggota telah menghadiri mesyuarat agung pada tahun ini.
Mesyuarat Agung kali ini juga mengadakan pemilihan Anggota-anggota Lembaga Koperasi. Dato’ Haji Hassan bin Lebai Mat telah dilantik semula sebagai Pengerusi KOMADA, dengan Tuan Haji Zainuddin bin Zakaria dilantik sebagai Timbalan Pengerusi.
Manakala Haji Ariffin bin Abu dan Encik Fisal bin Abdul Aziz telah juga dilantik semula, masing-masing sebagai Setiausaha dan Bendahari, dengan jawatan baru, Penolong Setiausaha disandang oleh Encik Suaid bin Salleh.
Dalam mesyuarat kali ini diselitkan dengan acara cabutan bertuah yang sememangnya menjadi salah satu tarikan utama dalam Mesyuarat Agung Tahunan KOMADA dengan menyediakan pelbagai hadiah menarik, antaranya sebuah peti ais 2-pintu, mesin basuh automatik dan TV LED 32-inci.
No comments:
Post a Comment