Monday, March 10, 2014

Menteri Besar Kedah Lancar ParlimenJerlun.Com

Menteri Besar Kedah yang juga ADUN Ayer Hitam, YAB Dato` Seri Haji Mukhriz Tun Dr Mahathir telah melancarkan laman sesawang Parlimen Jerlun yang diberi nama ParlimenJerlun.Com pada 4 Mac 2014 di Kompleks Sarang Burung Hj Salleh, Kampung Pida 4, Tunjang. Ahli Parlimen Jerlun, YB Dato’ Othman bin Haji Aziz, di dalam ucapan aluannya berkata, laman sesawang ini dibina bertujuan menyampaikan maklumat-maklumat terkini seperti aktiviti semasa yang diadakan di kawasan Parlimen Jerlun dan program-program yang melibatkan wakil-wakil rakyat dalam Parlimen Jerlun kepada masyarakat setempat. Tambahnya, pengguna laman sesawang ParlimenJerlun.Com ini terutamanya masyarakat di kawasan Parlimen Jerlun boleh memohon bantuan mahupun menyuarakan masalah yang di hadapi melalui laman sesawang ini. Laman sesawang ini mempunyai ahli-ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Jerlun yang sentiasa mengemaskini maklumat dan aduan-aduan yang disampaikan di laman ini dengan ianya diselia sendiri oleh Ahli Parlimen Jerlun yang juga Pengerusi MADA, Dato` Othman bin Haji Aziz. Laman sesawang yang tiada had atau batasan ini boleh dilayari di alamat www.parlimenjerlun.com tidak kira di mana pengguna berada. Turut hadir sama dalam pelancaran tersebut adalah ADUN Kota Seputeh, Dato` Abu Hassan bin Sarif dan Tuan Haji Md. Zuki bin Ismail, Pengarah Khidmat Pengurusan MADA.

No comments:

Post a Comment