Monday, March 10, 2014
Pegawai-pegawai Kanan Kementerian Pertanian Negara Arab Saudi Melawat Ladang Mangga Tobiar
Pegawai-pegawai Kementerian Pertanian Negara Arab Saudi telah melakukan lawatan sambil belajar separuh hari ke Ladang Mangga Tobiar MADA bertempat di Kampung Tobiar, Pendang pada 5 Mac 2014.
Tujuan lawatan tersebut adalah untuk mendapat maklumat mengenai pembangunan industri buah-buahan tropika di Malaysia terutamanya buah mangga di kawasan MADA.
Seramai 10 pengarah dari pelbagai jabatan di bawah Kementerian Pertanian Arab Saudi diketuai oleh Profesor Dr. Hassan Mohd Ali Dinar menerima taklimat dan penerangan mengenai pembangunan Ladang Mangga Tobiar ini dari Pengarah Bahagian Industri Asas Tani dan Bukan Padi MADA, Encik Zulkifli Bin Romli.
Dalam lawatan tersebut, mereka dibawa melawat ke seluruh ladang dengan menaiki trem serta memanjat Menara Tinjau bagi melihat keindahan ladang mangga dan kawasan sekitarnya.
Mereka juga sempat menikmati keenakkan pulut mangga yang disediakan oleh untuk santapan pagi, disamping juadah makanan kampung untuk makan tengahari.
Ladang Mangga Tobiar merupakan satu projek program industri asas tani, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang mempunyai keluasan 41 hektar dan memilki 18,000 buah pokok yang diuruskan oleh Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA).
Ladang tersebut juga telah mendapat pengiktirafan dari Skim Amalan Ladang Baik Malaysia dan Malaysia`s Best.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment