Tuesday, March 11, 2014

Program Agropreneur Muda Pupuk Minat Golongan Belia Dalam Pertanian

Unit Agropreneur Muda di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ditubuhkan bertujuan untuk memupuk minat di kalangan golongan belia dalam bidang pertanian. Menterinya, Dato` Sri Ismail Sabri bin Yaakob berkata pihak kementerian menyasarkan 100 agropreneur muda bagi setiap agensi dan jabatan di bawah kementeriannya untuk terlibat dalam bidang keusahawanan pertanian sepanjang tahun 2014 ini. Bagi menyahut sasaran yang telah ditetapkan oleh kementerian, pihak Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) telah mengadakan satu taklimat bersama usahawan-usahawan muda MADA pada 11 Mac 2014 bertempat di Dewan Syed Nahar, Ibu Pejabat MADA. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Pengarah Bahagian Industri Asas Tani dan Bukan Padi MADA, En. Zulkifli bin Romli dan wakil Pengarah Unit Agropreneur Muda Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Encik Mohd Hafizi bin Zakaria kepada lebih 100 usahawan muda MADA yang hadir. Dalam taklimat tersebut, usahawan muda MADA diberi penerangan secara terperinci mengenai keberkesanan dalam mengusahakan pertanian dan industri asas tani yang sememangnya memberi sumber pendapatan yang lumayan. Terdapat lima (5) program yang boleh diusahakan oleh agropreneur muda iaitu program utama sektor tanaman, program utama sektor perikanan, program utama sektor ternakan, program pembangunan industri asas tani dan program agro tourism. Agropreneur muda boleh memilih program salah satu program yang disediakan oleh kementerian mengikut minat dan akan diberi khidmat nasihat berkenaan penyediaan fasiliti, teknikal, pemasaran dan pembiayaan daripada Agrobank dan TEKUN Nasional.

No comments:

Post a Comment