Monday, February 17, 2014
Air Di Empangan Ahning Kedah Di Paras Minimum
KUALA LUMPUR - Paras air di semua empangan di negara ini dilaporkan dalam keadaan normal kecuali Empangan Ahning di Kedah yang dilaporkan berada pada paras minimum setakat 4 petang ini.
Menurut portal http://infokemarau.water.gov.my/drought_monitor.cfm Jabatan Perparitan dan Saliran (JPS), bacaan terakhir empangan itu pada pukul 4 petang menunjukkan penurunan kepada 89.93 meter berbanding catatan terendah sebelum ini pada 101.9 meter.
Paras air empangan itu susut akibat cuaca panas dan kemarau yang melanda utara Semenanjung.
Paras air normal empangan yang diselenggara Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) itu ialah 105.7 meter dan membekalkan air ke tiga buah kawasan iaitu utara Kedah, selatan Perlis dan Pulau Langkawi.
Jurucakap Mada ketika dihubungi berkata bagaimanapun paras air itu belum sampai di tahap kritikal dan bekalan air di kesemua kawasan terlibat tidak terjejas.
Katanya paras air di empangan itu dijangka kembali normal menjelang April depan apabila musim kemarau berakhir.
SUMBER – SINAR HARIAN/BERNAMA
http://www.sinarharian.com.my/semasa/air-di-empangan-ahning-kedah-di-paras-minimum-1.251933
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment