Monday, February 17, 2014

Imam Muda Jabbar di MADA

Imam Muda Jabbar telah menyampaikan ceramah kepada hampir 400 kakitangan MADA termasuklah pelajar-pelajar MADA Rice Training Centre (MRTC) pada 11 Februari 2014 bertempat di Dewan Syed Nahar, Ibu Pejabat MADA, Ampang Jajar, Alor Setar. Beliau yang dibawa khusus oleh Ibu Pejabat Bank Islam Malaysia Berhad, Kuala Lumpur telah menyampaikan ceramah yang bertajuk "Generasi 'Y' - Cabaran Masa Hadapan". Antara initpati ceramah yang disampaikan oleh Juara Imam Muda Musim Ketiga anjuran Astro ini adalah 5 ciri yang perlu diterapkan oleh umat Islam iaitu mempunyai akademik yang baik, merajinkan diri, merancang di masa hadapan, tidak mementingkan diri sendiri dan menggunakan media sosial dengan telus. Dalam ceramah itu juga, beliau menekankan kepada kakitangan MADA terutamanya kepada generasi muda agar tidak terlalu leka atau terlalu bebas dalam penggunaan bahan media sosial sehingga memesongkan akidah dan akhlak seseorang individu. Turut hadir sama dalam ceramah tersebut adalah Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan, Tuan Haji Md Zuki bin Ismail dan Encik Ismail bin Taib, Pengurus Kanan Perbankan Pengguna, Bank Islam Malaysia Berhad.

No comments:

Post a Comment