Tuesday, February 4, 2014

Seramai 1224 pegawai MADA terima Taklimat Opsyen- Penambahbaikan Skim Perkhidmatan Mengikut Jawatan

Seramai 1224 pegawai MADA menerima taklimat opsyen penambahbaikan skim perkhidmatan yang diadakan di Dewan Syed Nahar, Ibu Pejabat MADA selama tiga hari pada 8, 9 dan 13 Januari 2014. Ketua Seksyen Kompentensi MADA, Puan Sharifah Nur Alia binti Syed Mansor berkata tujuan taklimat ini diadakan adalah memberi penerangan mengenai opsyen yang ditawarkan dan juga pegawai MADA berhak memilih atau menolak opsyen tersebut. Katanya lagi, sebanyak 81 skim perkhidmatan awam ditambah baik yang sememangnya memberi peluang kepada pegawai dalam perkhidmatan awam untuk menambahbaikan peluang dan laluan kemajuan kerjaya dan mobiliti pegawai dan juga menggalakkan penguasaan kepakaran dan kemahiran yang pelbagai serta perluasan tugas skim perkhidmatan. Antara jawatan yang ditambah baik dalam organisasi MADA adalah Pembantu Pertanian Gred G17,G22 dan G26 ke Penolong Pegawai Pertanian Gred G27. Jawatan Juruteknik Gred J17, J22 dan J26 ke Penolong Jurutera Gred JA29. Tarikh kuatkuasa bagi jawatan ini mulai 1 Julai 2013. Bagi Pemandu Kenderaan Gred R3 dan R6 ke jawatan Pemandu Kenderaan Gred H11. Pembantu AM Pejabat Gred N1 dan N4 ke jawatan Pembantu Operasi Gred N11 dan Penjaga Jentera Elektrik Gred R17 dan R22 ke jawatan Penjaga Jentera Elektrik Gred J17 dan J22. Sementara itu, bagi jawatan Tukang K2 Gred R11/R22 dan Tukang K3 Gred R9/R14 ditukar lantik ke jawatan Pembantu Kemahiran Gred H17 manakala Pekerja Awam Gred R1/R4 dan Pekerja Awam Khas Gred R3/R6 ke jawatan Pembantu Awam Gred H11. Tarikh kuatkuasa bagi jawatan ini pula dikuatkuasa mulai 1 November 2013. Taklimat tersebut disampaikan oleh Ketua Cawangan Pengurusan Sumber Manusia, Tuan Haji Syed Zainuddin bin Syed Zain. Penambahbaikan 81 Skim Perkhidmatan Awam ini merupakan salah satu perkara yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato` Seri Mohd Najib bin Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2014.

No comments:

Post a Comment