Tuesday, February 4, 2014
Pengurus Besar MADA turun padang ke Projek Estet Padi Kg Jelai
Pengurus Besar MADA telah melakukan satu lawatan turun padang ke Projek Estet Padi Kampung Jelai, PPK C-III Tajar, Pendang pada 4 Februari 2014.
Pengarah Bahagian Industri Padi, Tuan Haji Kamaruddin bin Haji Dahuli berkata lawatan turun padang itu diadakan bertujuan bagi meninjau keadaan semasa projek estet padi di kawasan tersebut dan secara keseluruhannya Pengurus Besar MADA berpuas hati dengan pengurusan estet padi di situ.
Turut sama dalam lawatan turun padang tersebut adalah Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan, Tuan Haji Md Zuki bin Ismail, Pengurus Wilayah II, Encik Dzulkifli bin Yaakub dan Timbalan Pengurus Wilayah III (Pertanian)Puan Nik Fazliana binti Nik Ahmad.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment